awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Liang tuai pingat emas tidak dijangka kepada Malaysia

Bernama
Bernama
01/08/2014
00:56 MYT
Tze Liang tuai pingat emas tidak dijangka kepada Malaysia
gambar AFP
Atlet terjun negara, Ooi Tze Liang memberi keceriaan kepada kontinjen negara apabila berjaya menuai pingat emas keempat Malaysia pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, pada Khamis.
Dalam acara akhir 3m papan anjal lelaki yang berlangsung di Kolam Renang Royal Commonwealth, penerjun berusia 20 tahun dari Pulau Pinang itu berjaya mengumpul 457.60 mata untuk meraih pingat emas.
Ketinggalan 7.90 mata di belakang beliau ialah pemenang pingat emas acara 1m papan anjal, Jack Laugher dari England dengan 449.70 mata dan pingat gangsa menjadi milik rakan senegaranya Oliver Dingley dengan 425.20 mata.
"Saya sangat berpuas hati sebab dapat meraih pingat emas seperti yang saya sasarkan. Saya akui memang ada tekanan semasa bersaing di sini tetapi saya anggap pertandingan akhir ini sama seperti semasa dalam latihan dan saya jadi lebih tenang dan fokus.
"Akhirnya saya dapat buktikan kepada rakyat Malaysia, segala usaha saya selama ini berjaya menghasilkan pingat emas pada Sukan Komanwel," katanya.
Menurut Tze Liang, selepas menamatkan saingan peringkat saringan di tempat kedua pada sebelah pagi, beliau merasa yakin untuk beraksi dengan baik dan meraih pingat.
"Daripada situ, saya fikir secara positif untuk membuat yang terbaik pada peringkat akhir," kata atlet yang diperkenalkan dengan sukan terjun oleh bapanya sejak berusia lapan tahun.
Beliau akan bergandingan dengan Ahmad Amsyar Azman dalam acara 3m papan anjal seirama lelaki esok.
"Berdasarkan prestasi kedua-dua kami hari ini, saya yakin kami akan memberikan saingan terbaik," kata Tze Liang, yang memenangi pingat perak Sukan Asia acara 3m papan anjal seirama bersama-sama Bryan Nickson Lomas di Guangzhou empat tahun lepas.
Topic Berkaitan
#emas
#Ooi Tze Liang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan