awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong berjaya lolos ke pusingan kedua Kejohanan Dunia

Bernama
Bernama
21/08/2023
23:00 MYT
Tze Yong berjaya lolos ke pusingan kedua Kejohanan Dunia
Laluan sukar menanti pemain berusia 23 tahun itu apabila dijangka bertemu pemain nombor 12 dunia, Anders Antonsen dari Denmark. - Foto Facebook/BAM
KUALA LUMPUR: Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2023 selepas mengatasi pemain China, Zhao Jun Peng di Copenhagen, Denmark, pada Isnin.
Pada aksi pusingan pertama di Royal Arena, Tze Yong, di ranking ke-22 dunia, mengambil masa 47 minit untuk menyingkirkan pemenang pingat gangsa edisi 2022 itu dalam straight set 21-19, 26-24.
Laluan sukar menanti pemain berusia 23 tahun itu apabila dijangka bertemu pemain nombor 12 dunia, Anders Antonsen dari Denmark, yang akan membuka kempen menentang pemain Israel, Misha Zilberman.
Terdahulu dalam kejohanan sama, Lee Zii Jia mengejutkan wakil Indonesia, Jonatan Christie 21-13, 21-15 dalam aksi pusingan pertama.
Hari ini lima lagi wakil negara akan membuat perhitungan pada pusingan pertama iaitu beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun; dua beregu wanita Anna Cheong Ching Yik-Teoh Mei Xing dan Vivian Hoo- Lim Chiew Sien; serta dua beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejohanan dunia
#Ng Tze Yong
#Royal Arena
#Anders Antonsen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan