awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Dua peserta Himpunan GARAH direman sehingga esok - Peguam 

  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong kejutkan juara Masters Malaysia

Bernama
Bernama
22/08/2022
05:14 MYT
Tze Yong kejutkan juara Masters Malaysia
Ng Tze Yong menewaskan Chico Aura Dwi Wardoyo pada pusingan pertama dalam kejohanan yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium. - Instagram bwf.official
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong melakar kejutan apabila menewaskan juara Masters Malaysia 2022 Chico Aura Dwi Wardoyo pada pusingan pertama Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun hari ini.
Pemain berusia 22 tahun itu menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan pemain Indonesia yang berada pada ranking ke-35 dunia 21-16,21-10 dalam kejohanan berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium.
Esok pemenang perak pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham itu akan turun menentang pemain Thailand Sitthikom Thammasin yang bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan pilihan ke-13 kejohanan Kanta Tsuneyama dari Jepun, 13-21, 21-16, 21-13, pada pusingan kedua.
Dalam pada itu, pemain perseorangan profesional lelaki negara Liew Daren terpaksa akur selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.
Daren tewas straight set 16-21, 12-21 dalam pertarungan selama 42 minit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#Masters Malaysia
#kejohanan dunia
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan