awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong sudah pulih daripada kecederaan

Bernama
Bernama
06/02/2024
09:16 MYT
Tze Yong sudah pulih daripada kecederaan
Pemain itu telah memulakan latihan di gelanggang namun masih memerlukan sedikit masa untuk cergas sepenuhnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong sudah bersedia untuk diturunkan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas mengesahkan dirinya sudah pulih daripada kecederaan belakang yang dialami di Terbuka Malaysia Januari lepas.
Pemain yang menduduki ranking ke-15 dunia itu berkata beliau telah memulakan latihan di gelanggang namun masih memerlukan sedikit masa untuk cergas sepenuhnya.
"Sekarang ini, saya tak rasa sakit. Namun, saya belum 100 peratus cergas sebab ketika main (sesi latihan) saya belum dapat perasaan macam main sebelum ini," katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di ABM Bukit Kiara disini hari ini.
Bagaimanapun, pemain berusia 23 tahun itu berkata beliau perlu berhati-hati pada sesi latihan bagi mengelakkan kecederaan berulang.
Tze Yong tersenarai dalam skuad badminton negara di kejohanan BATC 2024 bersama Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe.
Beregu lelaki bakal menyaksikan gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai saingan bersama-sama Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.
Pada edisi kali ini, Malaysia yang turun sebagai juara bertahan kategori berpasukan lelaki diundi bersama Taiwan, Kazakhstan dan Brunei.
Sementara itu, Tze Yong berkata dia optimis pasukan negara mampu memberikan saingan sengit namun mengakui ia bukan tugas mudah untuk mempertahankan gelaran kali ini.
"Dua tahun lepas, mungkin banyak pasukan tak menghantar pasukan terkuat mereka. Tapi kali ini banyak yang hantar, namun saya rasa kami boleh memberikan saingan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#badminton
#kecederaan
#prestasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan