GRAHAM Potter mengakui keperluan untuk segera membawa Chelsea keluar daripada prestasi mengecewakan apabila berkata: "jawatan jangka masa panjang tidak wujud dalam karier ini".
Potter berada di bawah tekanan berikutan tempoh sukar ditempuhi The Blues biarpun berbelanja besar dalam jendela kedua musim ini apabila mencatat tiga keputusan seri Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut buat julung kalinya sejak 2012 selepas terikat 1-1 dengan West Ham, Sabtu lalu.
Chelsea hanya menang sekali daripada lapan perlawanan sejak awal tahun ini sementara pentas Liga Juara-Juara (UCL) kini menjadi peluang tunggal mereka untuk mengelak daripada mengakhiri musim ini tanpa trofi.
Bakal membuat kunjungan ke Borussia Dortmund untuk perlawanan pertama pusingan 16 awal pagi Khamis ini, Potter sedar mengenai kepentingan mengubah senario di Stamford Bridge.
"Anda tidak boleh bercakap mengenai jawatan jangka panjang memandangkan ia tidak wujud dalam pekerjaan ini," katanya kepada pemberita.
"Anda perlu akur dengan projek jangka masa panjang tetapi ada juga untuk jangka masa singkat dan sederhana yang mencabar bagi kami daripada segi meraih keputusan.
"Pemain berpengalaman sedar apa yang telah kami lalui. Mereka adalah beberapa pemain profesional terkemuka yang tahu selok belok tentang bola sepak.
"Walaupun orang di luar sana mungkin mempunyai pendapat tersendiri, pemain berpengalaman ini pernah melaluinya selain menyedari cabaran yang sedang kami hadapi.
"Mereka tahu situasi yang pernah dialami kelab ini dan apa yang terjadi.
"Jadi ia adalah tentang usaha membantu mereka melaluinya, kekecewaan sememangnya tidak dapat dielakkan kerana mereka mahu menang.
"Kami perlu lakukannya dan begitu juga penyokong. Di situlah cabarannya."
Astro Arena
Tue Feb 14 2023
Reaksi Graham Potter sebelum sepak mula perlawanan EPL antara West Ham United dan Chelsea di London, 11 Feb 2023. (Foto AP)
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Klopp tidak takut dipecat Liverpool
The Reds berada di tangga kelapan, lapan mata di belakang Manchester United yang berada di tangga keempat.
Chelsea pecat Potter susulan tewas kepada Aston Villa
Potter bergelut untuk mencetuskan konsistensi semasa musim perubahan di Stamford Bridge.
UCL: Tiada istilah jawatan pengurus kekal lama - Graham Potter
Potter berada di bawah tekanan berikutan tempoh sukar ditempuhi The Blues biarpun berbelanja besar dalam jendela kedua musim ini.
Potter diaibkan Brighton di Stadium Amex
Tuan rumah membuat permulaan cemerlang apabila mendahului pada minit kelima minit menerusi jaringan Leandro Trossard.
Prestasi Sterling akan bertambah baik bersama Chelsea, janji Potter
Pemain antarabangsa England itu bergelut untuk mendapatkan jaringan sejak berpindah dari Manchester City ke Stamford Bridge.
Slot penjaga gol utama Chelsea kini jadi rebutan - Potter
Graham Potter mungkin masih memilih untuk menurunkan Kepa Arrizabalaga di San Siro.
Potter ganti Tuchel di Stamford Bridge
Potter yang diikat lima tahun di Stamford Bridge dijadual memulakan tugas berdepan Fulham hujung minggu ini.
Pengurus Chelsea dipecat: Tuchel mangsa kerakusan pemilik baharu
Berita mengejut pemecatan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, barangkali satu tindakan yang langsung tidak masuk akal.