awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UEL: Jose Mourinho didakwa UEFA gara-gara kritik pengadil

Astro Arena
Astro Arena
03/06/2023
00:50 MYT
UEL: Jose Mourinho didakwa UEFA gara-gara kritik pengadil
Mourinho (gambar) didakwa menggunakan kata-kata yang mengaibkan/menjengkelkan terhadap Taylor ketika perlawanan akhir UEL antara AS Roma dan Sevilla di Budapest, awal Khamis lalu. - Gambar fail
JOSE Mourinho didakwa oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) gara-gara kritikannya ke atas pengadil, Anthony Taylor, selepas AS Roma tewas kepada Sevilla dalam final Liga Europa (UEL) di Budapest awal pagi kelmarin.
Terdahulu, tular rakaman video yang menunjukkan Taylor dikerumuni oleh sekumpulan penyokong yang bertindak agresif sewaktu di lapangan terbang, di mana perkara itu dikutuk oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengatakan ia merupakan sesuatu yang "mengejutkan dan tidak dapat diterima" atas apa yang dilalui pegawai berkenaan.
Mourinho kemudian didakwa menggunakan kata-kata yang mengaibkan/menjengkelkan terhadap pegawai perlawanan itu, di mana ia merupakan salah satu daripada beberapa dakwaan yang dikenakan ke atas kedua-dua kelab berkenaan selepas aksi final panas yang menyaksikan 13 kad kuning dilayangkan.
Mourinho mengkritik Taylor dalam sidang media selepas perlawanan itu dan terdapat potongan video yang tular dalam media sosial menunjukkan bekas pengurus Chelsea dan Manchester United berkenaan memberikan isyarat kepada Taylor dan pegawai lain di tempat letak kereta stadium sambil kedengaran melaungkan perkataan "memalukan".
Insiden di lapangan terbang pula -- dalam satu video tular di Twitter -- menunjukkan kerusi dan bekas minuman dibaling ke arah Taylor dan kumpulannya sewaktu mereka melalui kawasan yang dipenuhi penyokong Roma.
PGMOL Statement pic.twitter.com/zSYCx2Sw1e
— PGMOL (@FA_PGMOL) June 1, 2023
Jurucakap EPL berkata: "Kami terkejut dan tidak dapat menerima apa yang dilalui Anthony Taylor dan keluarganya ketika mereka dalam perjalanan pulang dari final UEL.
"Tiada siapa patut melalui kelakuan yang tidak boleh dimaafkan itu seperti yang dilalui mereka semalam.
"Anthony merupakan antara pegawai perlawanan paling berpengalaman dan berjaya dan kami memberikan sokongan penuh buat dirinya dan keluarganya."
Sewaktu perlawanan final itu, Taylor mengarahkan Jose Mourinho meninggalkan padang, di mana perlawanan itu kemudian berakhir dengan 1-1 selepas masa tambahan dan Sevilla dinobatkan sebagai juara menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti 4-1.
Perlawanan itu kerap dihentikan dan ditambah 25 minit daripada keseluruhan 120 minit waktu permainan.
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#UEFA
#kritik pengadil
#Anthony Taylor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan