RYAN Gravenberch mendapat manfaat daripada kesilapan penjaga gol Union Saint-Gilloise, Anthony Moris, untuk menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika Liverpool berusaha untuk meraih kemenangan 2-0 dalam Liga Europa untuk mengekalkan rekod 100 peratus mereka dalam Kumpulan E.

Di sebalik jentera serangan yang berbisa, dibarisi Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Diogo Jota, namun jaringan bekas pemain tengah Ajax dan Bayern Munich berusia 21 tahun yang hanya menjaringkan sembilan gol dalam tempoh lima tahun memastikan The Reds mendahului pada separuh masa pertama.

Pengurus, Jurgen Klopp, turut memuji aksi yang ditampilkan Gravenberch atas aksi yang ditampilkan ketika memperoleh jaringan sulung bersama pasukan.

“Ia benar-benar jelas betapa bagusnya dia, bakatnya,” kata Klopp mengenai Gravenberch.

“Dia menikmati situasi ini dan sangat penting untuk mengembalikan keyakinan, itu bagus untuk dilihat.

“Kami fikir dia mungkin boleh bermain 90 (minit), kami mahu memberikannya 90 minit namun mengambil keputusan untuk mengeluarkannya dalam separuh masa kedua.”

Diogo Jota turut berjaya bertindak selaku penjaring pada penghujung permainan sekaligus memastikan dua kemenangan daripada dua perlawanan Liverpool dalam saingan UEL musim ini.