awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China hukum mati 11 anggota sindiket penipuan Myanmar
Virus Nipah: KKM laksana saringan bersasar ke atas pengembara dari negara berisiko tinggi
Baki 16 tuntutan MA63 pada peringkat rundingan - Mustapha
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UFC 253: Adesanya tundukkan Costa, kekalkan kejuaraan middleweight

Haider Yutim
Haider Yutim
27/09/2020
05:43 MYT
UFC 253: Adesanya tundukkan Costa, kekalkan kejuaraan middleweight
Israel Adesanya berjaya mengekalkan gelaran dunianya selepas menundukkan Paulo Costa pada acara utama UFC 253. - Foto Instagram/@war.iorz
JUARA middleweight UFC Israel Adesanya berjaya mengekalkan gelaran dunianya selepas menundukkan Paulo Costa pada acara utama UFC 253 sebentar tadi.
Pertarungan yang berlangsung di UFC Fight Island, Abu Dhabi itu menyaksikan Adesanya menumpaskan lawannya dari Brazil menerusi TKO (technical knockout) pada minit 3:59 pusingan kedua.
Dalam aksi tersebut, Adesanya dilihat banyak melakukan serangan terhadap kaki Costa, diikuti beberapa tendangan dan tumbukan ke arah badan lawannya itu.
Costa yang mengalami kesan lebam agak teruk di bahagian kaki, hanya sempat membalas beberapa tumbukan ke arah Adesanya.
Pada pusingan kedua pula, Adesanya melancarkan tendangan padu ke kepala Costa yang menyebabkan pendarahan di bahagian dahinya.
Selang beberapa saat selepas itu, satu tumbukan kuat dari Adesanya berjaya merebahkan Costa ke lantai Octagon.
Pengadil kemudiannya menghentikan perlawanan dan mengisytiharkan Adesanya sebagai pemenang.
Kemenangan ini mengekalkan rekod tanpa kalah Adesanya, menjadikannya 20-0.
Adesanya, 31, dari Nigeria dan New Zealand meraih kejuaraan middleweight UFC pada Oktober lalu selepas menewaskan Robert Whittaker menerusi ‘knockout’ pada pusingan kedua.
Sementara itu, dalam acara kedua utama, Jan Blachowicz dari Poland berjaya meraih kejuaraan dunia light heavyweight selepas menumpaskan Dominick Reyes.
Blachowich menewaskan Reyes dari Amerika Syarikat menerusi TKO pada 4:36 pusingan kedua.
Gelaran light heavyweight UFC itu dikosongkan selepas penyandangnya, Jon Jones melepaskan kejuaraan tersebut kerana ingin bertarung di divisyen heavyweight.
Topic Berkaitan
#UFC
#UFC 253
#Israel Adesanya
#Paulo Costa
#UFC Fight Island
#Abu Dhabi
#TKO
#middleweight
#light heavyweight
#Dominick Reyes
#Jan Blachowicz
#Jon Jones
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan