SUKAN
UFC 318: Holloway masih 'BMF', Poirier ucap selamat tinggal pada Octagon

Max Holloway membuktikan dia masih 'BMF' apabila menewaskan Dustin Poirier menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) dalam aksi UFC 318, di New Orleans, Amerika Syarikat pada Ahad. - Foto REUTERS
MAX Holloway membuktikan dia masih 'BMF' apabila menewaskan Dustin Poirier menerusi keputusan sebulat suara (unanimous decision) dalam aksi UFC 318, di New Orleans, Amerika Syarikat pada Ahad.
Ringkasan AI
- Berikut ringkasan artikel dalam tiga poin utama dalam Bahasa Melayu:
- Max Holloway menewaskan Dustin Poirier menerusi keputusan sebulat suara di UFC 318 sekali gus mempertahankan gelaran BMF dalam pertarungan perpisahan Poirier.
- Pertemuan ini menutup trilogi Holloway-Poirier, dengan Holloway akhirnya meraih kemenangan pertama ke atas seterunya.
- Poirier, yang pernah menentang nama besar seperti Khabib dan McGregor, bersara dengan rekod 30 kemenangan profesional.
Poirier bagaimanapun bangkit pada pusingan kedua dengan menjatuhkan Holloway ke lantai Octagon, disusuli cubaan ‘guillotine choke’, satu momen yang mungkin mencuri mata juri untuk pusingan itu, sekali gus membuktikan bahawa Poirier bukan sekadar hadir untuk ucap selamat tinggal.
Namun selepas lima pusingan berbalas serangan, kelebihan tetap berpihak kepada Holloway yang berjaya mengawal baki pertarungan dengan ketenangan dan striking yang luar biasa.
Kemenangan tersebut melebarkan rekod professional Holloway kepada 27-8.
Pertemuan ini juga menutup tirai trilogi Holloway-Poirier yang bermula pada 2012, apabila Holloway yang pada ketika itu berusia 20 tahun, menerima kekalahan sulungnya di UFC menerusi ‘triangle armbar’.
Tujuh tahun kemudian, Holloway sekali lagi ditewaskan oleh Poirier dalam perebutan kejuraan interim lightweight UFC.
Kini, pada pertemuan ketiga, Holloway, 33, membuktikan dia bukan lagi 'budak mentah' 13 tahun lalu, dengan tampil sebagai juara BMF, bekas juara featherweight, dan petarung yang berjaya mengatasi seterunya buat kali pertama dan terakhir.
Bagi Poirier pula, jaguh berusia 36 tahun itu mengakhiri kariernya dengan penuh gah, yang mempertemukannya dengan nama-nama besar seperti Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor, Islam Makhachev, Charles Oliveira, Justin Gaethje, dan Eddie Alvarez.
Dengan rekod 30 kemenangan profesional, 'The Diamond' dikenang bukan hanya sebagai petarung hebat, tetapi juga insan yang membawa watak ‘underdog’ yang rendah diri dan sangat dihormati.
Sebagai rekod, tali pinggang BMF bukanlah kejuaraan dunia rasmi, tetapi simbol keberanian dan ‘kegarangan’ dalam UFC.
Diperkenalkan pada 2019 menerusi pertarungan Jorge Masvidal vs Nate Diaz, ia kemudian dimenangi Gaethje pada 2023 selepas menewaskan Poirier.
Namun Holloway, yang diberi julukan nama 'Blessed', merampasnya dengan KO luar biasa ke atas Gaethje di UFC 300, KO yang digelar ‘KO of the Century’ oleh Joe Rogan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami