awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undi tidak percaya terhadap Bibi Ramjani selepas Aidilfitri

Astro Arena
Astro Arena
13/05/2019
03:15 MYT
Undi tidak percaya terhadap Bibi Ramjani selepas Aidilfitri
Kamarudin juga berkata, sekarang adalah masa terbaik untuk PBJ mengemukakan usul berkenaan memandangkan terlalu banyak kelemahan yang dimiliki tokoh usahawan batik itu (gambar). - Gambar fail/FACEBOOK
Kemelut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memasuki episod baharu apabila tujuh ahli gabungan dijangka melancarkan undi tidak percaya bagi mendesak satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan bagi memilih presiden baharu.
Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah, Kamarudin Mohamad, berkata pihaknya sudah bersetuju untuk melancarkan undi tidak percaya kepada Bibi Ramjani atas ketidakmampuan tokoh usahawan batik itu menguruskan persatuan itu.
"Untuk makluman, tujuh daripada 10 PBJ sudah bersetuju dan ini sudah memadai. Sudah cukup majoriti dan keputusan ini macam undi tidak percaya kepada Bibi Ramjani.
"Kami akan terus memainkan peranan sebagai pendesak. Tujuh PBJ ini akan tandatangan surat selepas hari raya Aidilfitri supaya KAFA buat mesyuarat luar biasa," katanya.
BACA: Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida
BACA: Bibi Ramjani sedia letak jawatan
Kamarudin juga berkata, sekarang adalah masa terbaik untuk PBJ mengemukakan usul berkenaan memandangkan terlalu banyak kelemahan yang dimiliki tokoh usahawan batik itu sepanjang dua tahun mengemudi KAFA termasuklah prestasi skuad The Red Warriors (TRW) yang kini terhumban di dasar Liga Perdana.
Selain itu, Kamarudin turut menyelar tindakan Bibi Ramjani yang sewenang-wenangnya mahu menyerahkan jawatan nombor satu itu menerusi 'jalan belakang' tanpa mengikut perlembagaan persatuan berkenaan.
"Bibi kata dia nak beri kalau sesiapa nak ambil jawatan itu. Sebenarnya, tidak boleh macam tu kerana ini adalah persatuan dan bukannya harta pusaka.
"Kena melalui pemilihan, bukan main ganti macam tu sahaja. Persatuan ada kaedah tertentu, ada saluran yang betul.
"Calon presiden baru Datuk Seri Amril (Aiman) juga perlu berjumpa dengan PBJ jika berminat mahu ambil alih tampuk pentadbiran KAFA," katanya.
Topic Berkaitan
#bibi ramjani
#bola sepak
#calon
#EGM
#KAFA
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#presiden
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan