awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha dapatkan pengiktirafan IOC untuk sepak takraw berterusan - ISTAF

Bernama
Bernama
29/07/2022
12:22 MYT
Usaha dapatkan pengiktirafan IOC untuk sepak takraw berterusan - ISTAF
Permohonan kepada IOC itu adalah langkah pertama dalam proses untuk membawa sepak takraw ke Sukan Olimpik. - Gambar fail
BANGKOK: Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berharap dapat mengemukakan permohonannya kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk mendapatkan pengiktirafan sepak takraw sebagai sukan menjelang 2023.
Ia adalah langkah pertama dalam proses untuk membawa sepak takraw ke Sukan Olimpik, kata Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader.
"Takraw bukan lagi sekadar permainan kampung. Ia adalah misi kami untuk mendapatkan pengiktirafan sepak takraw sebagai Sukan Olimpik.
"Ia adalah proses yang panjang dan mencabar. Bagaimanapun kami berada pada langkah pertama dalam proses mendapatkan pengiktirafan IOC terhadap sepak takraw sebagai sukan di temasya itu," katanya kepada Bernama.
Abdul Halim berkata ISTAF sedang menyiapkan dokumen untuk memenuhi 54 kriteria termasuk melaksanakan Kod Agensi Anti-Doping Dunia, Kod Pergerakan Olimpik serta mempunyai sekurang-kurangnya 50 persekutuan kebangsaan gabungan sekurang-kurangnya dari tiga benua.
Beliau berkata dokumen itu akan diserahkan kepada Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa (GAISF) dan Perikatan Ahli Sukan Yang Diikitiraf Bebas (AIMS) menjelang akhir tahun ini.
"GAISF dan AIMS dijangka mengemukakan permohonan untuk menjadi sukan yang diiktiraf IOC sebelum akhir 2023," katanya.
Setakat ini terdapat 53 persatuan sepak takraw kebangsaan telah bernaung di bawah ISTAF.
Abdul Halim yang juga Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) berkata kedudukan sepak takraw dalam Sukan Asia adalah terjamin.
Beliau berkata Majlis Olimpik Asia (OCA) telah memasukkan sepak takraw dalam Sukan Asia di Jepun 2026, Doha di Qatar (2030) dan Riyadh di Arab Saudi (2034).
Sementara itu, Abdul Halim berkata kerjasama erat pemimpin sukan ASEAN dan antarabangsa adalah penting dalam menyokong sepak takraw untuk dipertandingkan dalam Sukan Olimpik akan datang.
Pada Selasa, Abdul Halim mengetuai delegasi 10 anggota mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Thailand Prawit Wongsuwan.
Dalam perjumpaan selama 45 minit itu, beliau turut memberikan maklumat kepada Prawit yang juga Presiden Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand sempena Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thai ke-35 yang diadakan di Fashion Island Shopping Centre di Bangkok bermula 24 Julai hingga Ahad ini.
Beliau turut memaklumkan kepada Prawit bahawa ISTAF memerlukan kerjasama dan sokongan kuat Thailand yang menjadi kuasa besar dalam sepak takraw untuk membolehkan sukan itu tersenarai dalam temasya Olimpik.
"Prawit bersetuju menjadi penasihat jawatankuasa tetap sepak takraw Road to Olympics bersama Jawatankuasa Olimpik Malaysia dan Jawatankuasa Indonesia untuk bekerjasama mendapatkan pengiktirafan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#ISTAF
#IOC
#Olimpik
#Abdul Halim Kader
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan