Pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong akan mengetuai cabaran Malaysia pada pusingan kedua Terbuka Singapura, selepas hampir melepaskan peluang mereka, di sini malam ini.
Gandingan itu akan disertai pemain bebas, Zulfadli Zulkifli dan satu lagi pasangan beregu lelaki, Ong Tew Sin-Teo Ee Yi yang mara ke pusingan kedua, awal hari ini.
V Shem-Wee Kiong tumpas di set pertama 20-22 kepada pasangan Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin walaupun mendahului 19-15, namun berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan selepas mencatat kemenangan 21-15 di set kedua.
Pasangan negara itu mendahului 17-10 dan kemudian 19-14 di set penentuan, sebelum hilang tumpuan sehingga membenarkan lawan mereka merapatkan kedudukan kepada 18-20, sebelum meraih kemenangan 21-18 dalam masa 52 minit perlawanan.
Mereka akan berdepan pasangan 'bidan terjun', Tan Boon Heong-Hendra Setiawan (MAS/INA) yang menewaskan Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand 21-14, 21-19 dalam masa 29 minit pada aksi pusingan pertama.
Zulfadli, juara remaja dunia 2011, pula mara ke pusingan kedua acara perseorangan lelaki, selepas menumpaskan pemain Taiwan, Hsu Jen Hao 21-13, 21-14.
Pada pusingan kedua, Zulfadli akan berdepan Vincent Wong dari Hong Kong, yang mencipta kejutan menumpaskan pilihan ketiga yang juga pemain nombor dua dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, 21-15, 21-15.
Sementara,
Yew Sin-Ee Yi hanya mengambil masa 30 minit untuk menempah tempat di pusingan kedua acara beregu lelaki selepas mengalahkan pasangan India, Arjun M.R.-Ramchandran Shlok 21-17, 21-17.
Yew Sin-Ee Yi, bagaimanapun bakal berdepan tugas sukar apabila dijadual bertemu beregu nombor satu dunia dari China, Li Junhui-Liu Yuchen, esok.
Pasangan China itu mara selepas menewaskan Mohammad Ahsan-Rian Agung Saputra dari Indonesia 21-13, 21-15 di pusingan pertama.
Cabaran beregu wanita Malaysia berakhir hari ini, setelah pasangan beregu wanita utama negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei ditunjuk jalan keluar oleh gandingan Taiwan, Hsu Ya Ching-Wu Ti Jun apabila tumpas 22-20, 18-21, 12-21.
Mereka mengikut jejak langkah rakan senegara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen, yang tewas masing-masing kepada Anggia Shitta Awanda-Ni Ketut Mahadewi Istarani dari Indonesia 19-21, 21-14, 20-22, dan pasangan India, Ashwini Ponnappa-Reddy N. Sikki 19-21, 19-21.
Goh Jin Wei, wakil tunggal Malaysia dalam acara perseorangan wanita, turut menerima nasib sama walaupun memberikan tentangan sengit apabila terpaksa akur kepada pilihan kedua, Sung Ji Hyun dari Korea Selatan.
Jin Wei tumpas 16-21, 21-19, 13-21.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
V Shem dan Wee Kiong meneruskan cabaran negara di Terbuka Singapura. - Reuters
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.