JUARA dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas pada Ahad.

Pemandu Belanda itu memenangi perlumbaan dengan kelebihan 2.070 saat (s) ke atas pemandu Ferrari, Charles Leclerc, namun terpaksa bekerja keras untuk meraih kemenangan.

“Ia perlumbaan yang sukar. Pada satu ketika, saya membrek agak lewat dan kehabisan cengkaman sehingga tersasar.

“Stewards memberi saya penalti kerana insiden itu dan ia menyebabkan saya kembali di kedudukan belakang.

“Saya terpaksa memotong beberapa kereta dan muncul pula kereta keselamatan, jadi pada ketika itu banyak perkara yang berlaku,” ujar Verstappen.

Pada perlumbaan tersebut, Leclerc memintas Sergio Perez dari Red Bull pada pusingan terakhir untuk meraih tempat kedua di hadapan pelumba Mexico itu, manakala pemandu Perancis, Esteban Ocon dari Alpine menduduki tempat keempat.

Verstappen mengkritik GP Las Vegas apabila menganggap 99 peratus perlumbaan itu sebagai pertunjukan, namun dia melepasi garisan penamat dengan menyebut 'Viva Las Vegas' menerusi radio pasukannya.

“Dia menyukai perlumbaan seperti itu walaupun dikenakan penalti. Saya rasa dia sudah mengubah pandangannya mengenai Vegas,” kata ketua pasukan Red Bull, Christian Horner.

*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian