awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vettel kecewakan Hamilton di pembukaan F1 2018

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/03/2018
08:13 MYT
Vettel kecewakan Hamilton di pembukaan F1 2018
Vettel mengucup trofi yang dimenanginya selepas muncul juara dalam pembukaan Formula One Grand Prix di Melbourne, Australia, 25 Mac, 2018. (Foto AP)
Strategi memasuki ruang hentian pit ketika kereta keselamatan maya (VSC) mengetuai perlumbaan ternyata membuahkan hasil untuk pemandu Ferrari, Sebastian Vettel, untuk memenangi perlumbaannya ke-48, sewaktu pembukaan Formula One di Melbourne, Australia.
Kemenangan pada Ahad itu sangat bermakna buat Vettel kerana ia merupakan kemenangan podium ke-100, sekaligus melayakkan beliau menyertai Michael Schumacher, Alain Prost dan Lewis Hamilton yang turut berkongsi rekod serupa.
Perlumbaan dimulakan dengan juara dunia, Hamilton (Mercedes) di petak pertama, kedua-dua pemandu Ferrari, Kimi Raikonnen dan Vettel di petak kedua dan ketiga, dan Max Verstappen (Red Bull Racing) di petak keempat, manakala seorang lagi pemandu Mercedes, Valtteri Bottas di petak ke-10.
Perlumbaan menjadi rancak pada pusingan ke-25, apabila kereta Romain Grosjean (Haas) mengalami kerosakan mekanikal di atas litar, hingga memaksa VSC mendahului perlumbaan buat sementara waktu, sekaligus memberi peluang kepada Vettel, Bottas dan beberapa pelumba lain memasuki perhentian pit.
Perlumbaan dimulakan kembali pada pusingan ke-31 dengan didahului Vettel.
Walaupun Hamilton cuba sedaya upaya memintas Vettel, segala strategi pemanduan yang dilaksanakan tidak membuahkan hasil, dan beliau nampak seolah-olah sudah berputus asa walaupun perlumbaan berbaki enam pusingan.
Perlawanan tamat dengan Vettel di tempat pertama, Hamilton kedua, Raikonnen ketiga, Daniel Ricciardo (Red Bull Racing) keempat dan Fernando Alonso (McLaren) kelima.
Perlumbaan pembukaan F1 musim ini menyaksikan Hamilton berada di petak pertama untuk kali ketujuh; bagaimanapun hanya mampu memenangi GP Australia sebanyak kali iaitu pada 2008 dan 2015.
Topic Berkaitan
#F1
#Ferrari
#Formula One
#GP Australia
#Lewis Hamilton
#Melbourne
#Mercedes
#Sebastian Vettel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan