Juara dunia tiga kali, Sebastian Vettel menyambar petak depan pada perlumbaan di litar antarabangsa Sepang.
Ia selepas pemandu Red Bull itu mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan pada sabtu.
Sesi kelayakan bermula dalam cuaca panas dengan suhu litar meningkat kepada 41 darjah celcius semasa sesi pertama.
Bagaimanapun, hujan ketika tinggal empat minit sebelum sesi kedua berakhir dan berterusan sehingga sesi kelayakan ketiga.
Percaturan masa menukar tayar yang tepat dalam keadaan litar basah itu membuahkan hasil apabila Vettel merakamkan masa satu minit 49.674 saat.
Pemandu Jerman berusia 25 tahun itu meninggalkan dua pemandu Ferrari, Felipe Massa dan Fernando Alonso, juara tahun lepas, di petak kedua dan ketiga.
Vettel menyambar petak utama keduanya selepas perlumbaan pembuka tirai di Grand Prix Australia di Melbourne, Ahad lepas.
Juara Grand Prix Australia, Kimi Raikkonen, daripada Lotus akan memulakan di petak ke-10 selepas dikenakan penalti kerana menghalang pelumba Mercedes Amg Petronas, Nico Rosenberg semasa sesi kelayakan.