awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Victor syukur walau KDA FC kutip satu mata

Bernama
Bernama
13/04/2025
02:00 MYT
Victor syukur walau KDA FC kutip satu mata
Victor Andrag bersyukur meskipun pasukannya hanya meraih satu mata dalam perlawanan bertemu Sabah FC di Stadium Darulaman malam tadi. - Foto Facebook/Kedah Darul Aman FC
ALOR SETAR: Ketua jurulatih interim Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Victor Andrag bersyukur meskipun pasukannya hanya meraih satu mata dalam perlawanan bertemu Sabah FC di Stadium Darulaman di sini, malam tadi.
Beliau berkata ia sudah cukup memberi motivasi kepada pemain yang telah menunjukkan tahap profesionlisme tinggi dan berjaya mengenepikan masalah dihadapi demi mendapat keputusan terbaik buat pasukan.
"Sudah tentu saya bersyukur dengan keputusan yang diperoleh malam ini, satu mata yang cukup berharga dalam keadaan pasukan yang banyak kekurangan dan kita masih mampu lakukan yang terbaik malam ini.
"Kita mengharungi keadaan yang sukar dan perjalanan ini bukan sesuatu yang mudah. Hari demi hari, kalah satu demi satu, perlawanan demi perlawanan bukan mudah untuk kami dapat kemenangan.
"Bagi pemain yang datang latihan, saya hargai setiap titik peluh mereka dan tak ada apa yang boleh saya katakan, begitulah penghargaan saya kepada pemain," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang menyaksikan KDA FC dan Sabah FC terikat 1-1 malam tadi.
Tambah Victor, dugaan yang dihadapi bersama pasukan sejak mengambil alih daripada bekas jurulatih Nafuzi Zain pada November tahun lepas turut meninggalkan banyak kenangan yang diharungi bersama hingga hari ini.
"Awak semua boleh tengok berapa lama kami dalam kekurangan dan berapa lama kami bangun bersama dalam satu keluarga, saya tak ada perkataan nak terangkan bagaimana sayangnya saya pada pasukan ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah FC Martin Stano berkata pasukan Kedah memberi tentangan yang kuat dan keputusan 1-1 mengecewakannya kerana gagal dalam misi mengutip tiga mata penuh.
Martin berkata tumpuan kini kepada baki perlawanan seterusnya di Likas yang dianggap penting bagi membolehkan pasukan itu kekal di tempat ketiga liga sebelum jadual perlawanan musim ini berakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Victor Andrag
#KDA FC
#Sabah FC
#stadium darulaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan