NEW YORK: Pelari menara negara, Soh Wai Ching berjaya menamatkan larian pendakian 86 tingkat bangunan Empire State  di New York, Amerika Syarikat dalam masa kurang 11 minit untuk muncul juara acara Larian Menara Empire State 2021.

Dia mencatat masa 10 minit dan 47 saat untuk memenangi perlumbaan bagi kategori lelaki elit manakala Cindy Harris dari Amerika Syarikat memenangi perlumbaan kategori wanita elit.

Pemenang akan menderma AS$100,000 kepada badan amal pilihan mereka.

Larian Menara Empire State ialah perlumbaan menara paling terkenal di mana pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga.

Perlumbaan tahun lepas dibatalkan susulan COVID-19.