Meskipun jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal memenangi gelaran juara selepas tewas kepada pemain China, Chen Long pada Kejohahan Dunia, khidmat beliau terhadap negara tiada bandingnya, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, jelas kelihatan kesungguhan yang ditonjolkan pemain nombor satu dunia itu dalam usaha merealisasikan harapan peminat negara.
"Chong Wei telah tunjukkan satu persembahan yang bersemangat dan saya harap beliau tidak putus asa kerana dia masih lagi menjadi harapan terbaik negara untuk dapat pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
"Beliau telah maklumkan kepada saya bahawa dia tidak akan berhenti lagi dan saya minta selepas ini agar Chong Wei tumpu kepada Sukan Asia pula, yang akan berlangsung tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menyertai program Senamrobik anjuran radio Era FM di Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Copanhagen, Denmark itu, Chong Wei tewas dalam satu perlawanan sengit kepada pemain pilihan kedua, Chen Long dari China 19-21 dan 19-21 dalam final perseorangan lelaki.
Dalam perlawanan yang berlanjutan selama satu jam sembilan minit itu, Chong Wei kelihatan memberi harapan untuk menang kepada para peminat namun lawannya lebih menonjol dan bersedia untuk menerima gelaran terbesar itu.
Beliau sebelum ini, sejak tahun 2012 layak ke final namun selepas tiga tahun berturut-turut masih belum berupaya merebut gelaran juara Kejohanan Dunia.
Mengulas secara keseluruhan penyertaan Malaysia pada Kejohanan Dunia yang berakhir malam tadi, Khairy berkata memang pihaknya tidak menjangkakan sebarang keputusan daripada pasangan beregu.
"Beregu lelaki kini berada dalam proses peralihan dan penstrukturan semula sebab mereka nak tukar pasangan, jadi memang kita tidak menjangkakan pasukan beregu lelaki dapat kejayaan yang cemerlang.
"Bagi beregu wanita pula, mereka baru nak membangun.. baru dapat kejayaan di peringkat Sukan SEA dan ada sedikit kita lihat di peringkat Sukan Komanwel... beregu wanita kita sudah lama ketinggalan," katanya.
Khairy berkata, Malaysia sudah lama tidak memiliki pemain beregu wanita hebat namun beliau berharap peminat sukan itu memberi sedikit masa kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk mencari bakat yang boleh diketengahkan.
Sementara itu, semasa mengulas masalah yang dihadapi BAM berkaitan dengan rombakan kejurulatihan, latihan dan para pemain, Khairy berkata beliau mencadangkan kepada BAM untuk melantik seorang pengarah teknikal bagi menyelesaikan kemelut yang melanda persatuan itu.
"Saya telah maklumkan kepada BAM, mungkin kita kena dapatkan khidmat seorang pengarah teknikal yang boleh menjaga keseluruhan kejurulatihan sebab buat masa ini tidak ada seorang ketua atau pengarah jurulatih.
"Kita ada Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih tetapi tidak ada pengarah yang dipisahkan daripada jurulatih-jurulatih biasa. Dulu kita ada Morten Frost (bekas pengarah kejurulatihan) dan mereka kini sedang pertimbangkan cadangan saya," katanya.
Katanya, pihaknya bersama pengurusan BAM kini sedang mencari calon yang layak bagi jawatan pengarah teknikal dan beberapa nama termasuk dari negara China, yang telah pun dibincangkan.
Bernama
Mon Sep 01 2014
KHAIRY: Kesungguhan Lee Chong Wei jelas kelihatan dalam usaha merealisasikan harapan peminat negara
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).