"Walaupun kami tidak nampak, tetapi kami ada telinga untuk mendengar, tangan untuk merasa dan hati untuk memahami," itu yang diungkapkan penjaring gol kemenangan negara, Ahmad Fikri Omar selepas membantu Malaysia meraih pingat gangsa acara bola sepak lima sebelah Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai ikhtiar hidup serta motivasi yang menjadi sandaran sebagai seorang atlet buta dalam perjuangan demi mengangkat nama tanah air tercinta di persada dunia selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Malaysia menundukkan Vietnam 1-0.
Pada perlawanan penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini, Ahmad Fikri muncul wira selepas mempamerkan ketenangan luar biasa sewaktu menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung permainan untuk mengesahkan kemenangan skuad negara.
Atlet berusia 22 tahun itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk mengambil sepakan itu, sebaliknya beliau yakin mampu memikul tanggungjawab besar tersebut meskipun menyedari berdepan penjaga gol lawan yang boleh melihat (atlet normal).
"Saya gembira dengan kemenangan ini, namun mujur kami diberikan sepakan penalti di hujung perlawanan selepas gagal menjaringkan gol setelah bermain dengan baik dan mencipta peluang jaringan yang banyak.
"Saya memang yakin untuk ambil penalti pada awalnya tetapi tidak mahu terburu-buru, namun bila ada rakan sepasukan termasuk kapten yang menjerit nama saya dan menyuruh saya ambil, saya tidak teragak-agak tampil dan menyempurnakan gol itu," ujar Ahmad Fikri.
Sementara itu, Ketua Jurulatih negara M. Shalesh menyifatkan perlawanan hari ini adalah lebih sukar jika dibandingkan sewaktu pertemuan kedua-dua pasukan di peringkat kumpulan, dengan kemenangan 3-0 berpihak kepada pasukan negara.
Menurut beliau, suhu tinggi akibat cuaca panas terik menjadikan perlawanan itu semakin sukar selain taktikal pasukan lawan yang bermain secara bertahan menjadi faktor kegagalan anak buahnya mengulangi persembahan terbaik ketika di peringkat kumpulan.
"Kemenangan yang begitu susah, sebab sebelum ini kita pernah kalahkan Vietnam 3-0. Tetapi saya sudah menjangkakan satu pertarungan sengit kerana kedua-dua pasukan akan bermain bersungguh-sungguh. Mereka juga menggunakan taktikal bertahan selepas mengetahui kekuatan kita.
"Faktor cuaca juga mempengaruhi keputusan hari ini apabila mereka (pemain) kelihatan sangat letih kerana bermain dalam keadaan cuaca yang panas terik. Bagaimanapun saya rasa pasukan Malaysia yang paling menghiburkan sepanjang temasya ini," katanya.
Dalam pada itu, pingat emas acara tersebut menjadi milik pasukan Thailand selepas menjinakkan Laos 3-0 dalam perlawanan penentuan pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2017
Ahmad Fikri mengambil sarapan pisang untuk menambah tenaga sebelum acara Bola Sepak 5-a-side pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Stadium Hoki Negara Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Walaupun kami tidak dapat melihat, kami ada hati untuk memahami - Ahmad Fikri
Ahmad Fikri muncul wira selepas mempamerkan ketenangan luar biasa sewaktu menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung permainan untuk mengesahkan kemenangan skuad negara.