MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 September 2025.
Kesemua mangsa yang dianggarkan seramai 400 orang berjaya dipindahkan ke kawasan tinggi dan selamat dengan pemantauan anggota bomba.
Rawatan seminggu sekali ini bantu kawal selera makan, kurangkan inflamasi dan risiko penyakit, serta beri kesan positif dari segi fizikal dan psikologi jika digabungkan dengan gaya hidup sihat.
Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di lantai bawah bangunan tersebut sekitar jam 8 malam, Ahad.
Presiden Pas. Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa dirinya sudah tidak layak untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri dari parti itu kerana faktor usia dan status kesihatan.
Tragedi tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Kolombong berakhir dengan tujuh mangsa disahkan maut, termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20-an dan seorang kanak-kanak.
6. Banjir Sabah: Jentera Kerajaan MADANI digerakkan, RM10 juta bantuan tambahan disalur - PM
6. Banjir Sabah: Jentera Kerajaan MADANI digerakkan, RM10 juta bantuan tambahan disalur - PM
Perdana Menteri zahirkan rasa terkesan terhadap bencana banjir yang sedang melanda Sabah, sambil menegaskan keutamaan kerajaan adalah memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terjejas.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa Pas berhak mengemukakan sebarang pandangan dan mengemukakan nama calon Perdana Menteri yang layak dari parti itu.
Pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kini giat menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas tiang menara yang tumbang di Kampung Sarapung, Penampang.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan sungai di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu di sini selepas seekor buaya sepanjang kira-kira sembilan kaki (2.7 meter) dikesan tengah hari Isnin.
Malaysia menggesa tindakan tegas dan hukuman keras dilaksanakan terhadap Israel, termasuk menghentikan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim zionis itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami