awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
Pencemaran Sungai Sayong: JAS Johor, Jabatan Perikanan jalankan siasatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Rohaimi lega kemenangan pertama

Bernama
Bernama
04/10/2025
22:15 MYT
Wan Rohaimi lega kemenangan pertama
Wan Rohaimi turut mengingatkan pasukannya supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan itu kerana Penang FC masih berada di kelompok bawah liga (kesembilan) dan memerlukan kemenangan berterusan untuk bangkit. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Ketua jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan FC (NSFC) pada Sabtu sebagai bukti kebangkitan semula skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super musim ini.
Beliau berkata kejayaan itu menjadi manifestasi peningkatan prestasi pasukan hasil kerja keras dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan pemain sepanjang perlawanan.
"Hari-hari saya bersama mereka (pemain) dan nampak pasukan ini akan pergi jauh, cuma masa sahaja yang akan menentukan. Alhamdulillah, kemenangan sulung yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.
"Sudah tentu ini akan menjadi suntikan semangat penting untuk Penang FC melangkah lebih jauh dalam saingan liga," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tamat di Stadium Bandaraya di sini.
Bagaimanapun, Wan Rohaimi mengingatkan pasukannya supaya tidak terlalu selesa dengan kemenangan itu kerana Penang FC masih berada di kelompok bawah liga (kesembilan) dan memerlukan kemenangan berterusan untuk bangkit.
Sementara itu, pengendali NSFC Mohd Nidzam Jamil berkata terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki berdasarkan prestasi semasa pasukan.
"10 minit pertama nampak seperti kita boleh melakukan sesuatu tetapi selepas kita dibolosi satu gol, saya tak tahu. Mungkin panik, mungkin kita tak cukup bersedia," katanya.
Beliau mengakui ketiadaan beberapa tonggak utama akibat kecederaan dan tugasan luar sedikit menjejaskan persembahan pasukan, namun yakin NSFC mampu bangkit bagi meraih keputusan positif dalam aksi akan datang.
NSFC kini menduduki tangga kelima dengan mengumpul lapan mata selepas enam perlawanan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Negeri Sembilan FC
#Wan Rohaimi Wan Ismail
#Ketua Jurulatih Penang FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan