awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
Suhu rendah luar biasa di Florida jejaskan jadual misi angkasawan NASA ke bulan
Keharmonian sambutan upacara keagamaan cerminan kebersamaan rakyat Malaysia - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir Terbuka Hylo

Bernama
Bernama
30/10/2025
22:40 MYT
Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir Terbuka Hylo
Menanti mereka di suku akhir ialah ujian lebih getir apabila dijadual berdepan beregu utama Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hylo selepas menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana, malam tadi.
Pasangan ranking kelima dunia itu bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum mencatat kemenangan dalam pertarungan tiga set yang sengit, 21-19, 17-21, 22-20,dalam tempoh 52 minit pada aksi pusingan kedua di Arena Tertutup Saarlandhalle, Saarbrucken, Jerman.
Menanti mereka di suku akhir ialah ujian lebih getir apabila dijadual berdepan beregu utama Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, yang sebelum ini menewaskan pasangan tuan rumah Bjarne Geiss-Jones Ralfy Jansen 21-17, 16-21, 21-13 dalam masa 55 minit.
Dalam pada itu, dua beregu wanita negara turut melangkah ke suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Go Pei Kee-Teo Mei Xingbangkit cemerlang menewaskan pasangan Taiwan,Teng Chun Hun-Yang Chu Yun, 9-21, 23-21, 24-22 manakala Ong Xin Yee-Carmen Ting mencatatkan kemenangan straight set ke atas pasangan Sepanyol Nikol Carulla-Carmen Maria Jimenez, 25-23, 21-14.
Sementara itu, perjuangan bekas beregu lelaki No.1 dunia,Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berakhir di pusingan kedua selepas tunduk 9-21, 19-21 kepada pasangan Denmark,Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badminton Terbuka Hylo
#Man Wei Chong-Tee Kai Wun
#suku akhir
#Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan