awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WFM akan teruskan usaha bawa wushu ke Sukan Komanwel 2026

Bernama
Bernama
03/08/2020
20:06 MYT
WFM akan teruskan usaha bawa wushu ke Sukan Komanwel 2026
Sudah tiba masanya acara sukan ini diperluas ke negara Komanwel.- Bernama
Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) akan meneruskan usaha membawa sukan itu ke temasya Sukan Komanwel 2026 selepas mendapat sokongan sejumlah besar negara anggota Komanwel.
Presidennya, Datuk Chong Kim Fatt berkata sudah tiba masanya acara sukan berkenaan diperluas ke negara Komanwel selepas ia dipertandingkan pada temasya Sukan Dalam Dewan dan Bela Diri Asia, Sukan SEA, Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik Belia.
Chong, yang juga ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) dan Persekutuan Wushu Asia (WFA), berkata usaha memasukkan acara wushu dalam Sukan Komanwel 2026 telah bermula sejak tahun lalu.
"Awal tahun ini, Majlis Sukan Negara (MSN) telah menghantar surat sokongan dan saya juga telah menerima surat sokongan daripada IWUF untuk meningkatkan peluang sukan ini pada edisi 2026," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagaimanapun belum mengumumkan tuan rumah untuk edisi 2026 manakala edisi 2022 akan diadakan di Birmingham, England dari 28 Julai hingga 8 Ogos tahun berkenaan dengan menampilkan 20 jenis sukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#sukan
#Sukan Komanwel
#wushu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan