awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wilshere akhiri penantian gol

Astro Arena
Astro Arena
08/12/2017
04:12 MYT
Wilshere akhiri penantian gol
WILSHERE: Penting untuk kami menikmatinya. Ia salah satu daripada perlawanan yang menuntut tumpuan tinggi. - Gambar fail
ARSENAL 6 BATE 0
Jack Wilshere lega selepas menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dalam tempoh dua setengah tahun dalam kemenangan 6-0 ke atas BATE dalam perlawanan Liga Europa di London, awal pagi tadi.
Pemain berusia 25 tahun itu cuba meningkatkan peluangnya dalam pasukan utama menerusi prestasi berpengaruh di bahagian tengah serta menjaringkan gol ketiga perlawanan selain membuat umpanan untuk gol keenam yang disumbat Mohamed Elneny.
Keputusan perlawanan itu tidak mengubah kedudukan Arsenal sebagai juara Kumpulan H, namun ia menyingkirkan BATE dalam saingan ini.
Ditanya sama ada golnya membawa kelegaan, Wilshere memberitahu BT Sport: "Sedikit. Adalah penting untuk kami menikmatinya. Ia salah satu daripada perlawanan yang menuntut tumpuan tinggi untuk melakukannya.
"Kami mengharungi peringkat kumpulan dengan baik pada tahun ini, kami gembira akan ke pusingan seterusnya dan berharap dapat mencetak lebih banyak gol dan gembira beraksi."
Topic Berkaitan
#Arsenal
#BATE
#bola sepak
#gol
#Jack Wilshere
#Liga Europa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan