awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16

Astro Arena
Astro Arena
04/03/2023
23:40 MYT
WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili Petronas MIE Racing Team menduduki tempat ke-16 daripada 20 pelumba yang bersaing dalam Race 1 Kategori World Superbike Championship (WSBK). - Foto BERNAMA
PELUMBA berpengalaman negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakhiri cabaran Perlumbaan Satu Pusingan 2 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) di tempat ke-16 di Litar Mandalika, Indonesia malam tadi.
Hafizh Syahrin yang berlumba untuk Petronas MIE Racing Honda Team memulakan perlumbaan di petak ke-19 daripada 20 pelumba.
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista yang menggunakan jentera Ducati dengan catatan 32'44.093s.
Tempat kedua menjadi milik pelumba Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Toprak Razgatlioglu dari Türkiye ketinggalan 4.809s diikuti rakan sepasukannya dari Itali, Andrea Locatelli ketiga.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara dalam Kelas WorldSSP, Adam Norrodin mengakhiri cabaran Perlumbaan Satu dengan berada dalam kelompok 15 terbaik.
Pelumba Petronas MIE MS Racing Honda Team itu mengakhir perlumbaan di tempat ke-15 dengan catatan 1'16.156s dibelakang pemenang Can Oncu daripada Kawasaki Puccetti Racing ( 28'56.637s.) - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#WSBK
#Hafizh Syahrin Abdullah
#Litar Mandalika
#Petronas MIE Racing Honda Team
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan