awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WTF 2023: Tang Jie-Ee Wei tewaskan beregu Jepun, hidupkan peluang ke separuh akhir

Bernama
Bernama
14/12/2023
22:45 MYT
WTF 2023: Tang Jie-Ee Wei tewaskan beregu Jepun, hidupkan peluang ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (gambar) menewaskan pasangan dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam perlawanan kedua Kumpulan A WTF 2023 di Hangzhou, China, pada Khamis. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menghidupkan semula peluang untuk ke separuh akhir selepas bangkit mengejutkan pasangan nombor dua dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dalam perlawanan kedua Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2023 di Hangzhou, China, pada Khamis.
Tang Jie-Ee Wei menampilkan semangat juang tinggi untuk menewaskan Watanabe-Higashino, 12-21, 21-16, 21-16 dalam pertarungan 61 minit penuh debaran yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.
Kejayaan semalam merupakan kemenangan pertama bagi beregu nombor lapan dunia itu ke atas Watanabe-Higashino selepas tiga pertemuan iaitu sejak pertembungan pertama mereka pada separuh akhir Terbuka Singapura 2023, Jun lepas.
Tang Jie-Ee Wei bakal meraih tiket separuh akhir pada kejohanan WTF sulung mereka itu, jika gandingan itu berhasil mengatasi beregu nombor enam dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand dalam aksi akhir Kumpulan A esok.
Berdasarkan rekod, beregu Thailand itu mempunyai kelebihan dengan dua kemenangan daripada tiga perlawanan setakat ini.
Pertemuan awal mereka pada suku akhir Terbuka Malaysia 2023 Januari lepas berakhir dengan kemenangan 21-19, 21-9 Dechapol-Sapsiree.
Pada Rabu, Tang Jie-Ee Wei memulakan kempen kejohanan dengan langkah kiri apabila tewas kepada beregu tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 21-10, 21-13.
Dua beregu terbaik daripada setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#WTF 2023
#badminton
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan