awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WUG 2025: Misi Azeem, skuad olahraga di Lohrheidestadion bermula hari ini

Bernama
Bernama
20/07/2025
21:15 MYT
WUG 2025: Misi Azeem, skuad olahraga di Lohrheidestadion bermula hari ini
Muhammad Azeem Mohd Fahmi. - Gambar fail/BERNAMA
ESSEN (Jerman): Skuad olahraga negara diketuai jaguh pecut Muhammad Azeem Mohd Fahmi dijadual memulakan cabaran pada Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 di Lohrheidestadion, Bochum hari ini.
Muhammad Azeem yang juga pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa 10.09 saat (s) akan turun berentap dalam pusingan pertama acara kegemarannya itu petang ini (tengah malam Isnin waktu Malaysia).
Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 itu bakal diiringi rakan sepasukan Aliff Iman Mohd Fahimi.
Pada masa sama, pemegang rekod 400m kebangsaan dengan catatan 46.09s Umar Osman selain Muhammad Aidil Azhar Azrul Hisyam akan menggalas cabaran negara dalam acara 400m lelaki.
Pemegang rekod 400m lari berpagar kebangsaan dengan masa 51.26s Muhammad Fakrul Afizul Nasir turut dijadual beraksi.
Dalam saingan wanita, atlet Olimpik Azreen Nabila Alias bersama Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal masing-masing mengintai peluang untuk mencapai keputusan terbaik dalam acara 100m wanita.
Nurul Aliah Maisarah Nor Azmi dan Chelsea Cassiopea Evalli Bopulas pula akan bersaing dalam pusingan pertama 400m wanita.
Selain olahraga, renang dan taekwondo yang memasuki hari kelima pertandingan hari ini masih menanti pingat seterusnya selepas atlet renang Khiew Hoe Yean menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara di Berlin, Khamis lepas.
Dalam pada itu, kontinjen negara menutup saingan hari keempat WUG 2025 lebih awal selepas kem taekwondo dan renang terkandas pada pusingan awal semalam.
Amerika Syarikat kini mendahului carta kedudukan pingat dengan mengumpul keseluruhan sembilan emas, enam perak dan 14 gangsa, diikuti China (6,10,3) dan tuan rumah (6,3,7).
WUG 2025 berlangsung hingga 27 Julai ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Universiti Dunia
#Muhammad Azeem Fahmi
#olahraga
#WUG 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan