awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xhaka positif COVID-19 sewaktu bersama Switzerland

Astro Arena
Astro Arena
02/09/2021
03:59 MYT
Xhaka positif COVID-19 sewaktu bersama Switzerland
Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka, diuji positif koronavirus ketika menjalankan tugas peringkat antarabangsa bersama Switzerland. - Foto Astro ARENA
PEMAIN tengah Arsenal, Granit Xhaka, diuji positif COVID-19 ketika menjalankan tugas peringkat antarabangsa bersama Switzerland.
Pasukan kebangsaan Switzerland mengesahkan semalam bahawa pemain itu -- yang dilayangkan kad merah ketika Arsenal dibelasah Manchester City 0-5 hujung minggu lalu -- sedang menjalani pengasingan selepas ujian calitan PCR yang dijalaninya menunjukkan keputusan positif.
Xhaka, yang merupakan ketua pasukan Switzerland, sudah mula bergejala sejak semalam -- menjelang perlawanan persahabatan menentang Greece.
Ujian calitan awal menunjukkan keputusan negatif tetapi ujian PCR lanjut yang dilakukan mendapati pemain itu positif virus berkenaan.
Xhaka akan menjalani satu lagi ujian calitan esok.
Pasukan itu turut mengesahkan bahawa pemain berkenaan tiada sebarang kontak dengan rakan sepasukannya dan doktor pasukan itu juga berkata tiada sebarang tindakan lanjut perlu diambil memandangkan kesemua ahli pasukan mereka sudah divaksin atau sudah pernah pulih daripada COVID-19 sebelum ini.
Bagaimanapun, seorang pegawai pasukan itu masih perlu menjalani pengasingan.
Xhaka mempamerkan aksi terbaiknya bersama Switzerland dalam Euro 2020 tetapi gagal meneruskan persembahan itu bersama Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, di mana mereka tewas ketiga-tiga perlawanan pertama.
Pasukan bimbingan Mikel Arteta itu kini berada di tangga tercorot liga menjelang pertemuan dengan Norwich City selepas waktu rehat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Granit Xhaka
#COVID-19
#pemain tengah Arsenal
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan