KUALA LUMPUR: Jodoh bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah bersama Skuad Projek FAM-MSN tidak kekal lama apabila beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan itu.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar dalam kenyataan hari ini memaklumkan peletakan jawatan itu dibuat oleh Yusri selepas beliau mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya musim depan.
Mohd Saifuddin berkata meskipun kontrak pengendali berusia 45 tahun itu masih berbaki setahun bersama pasukan berkenaan, FAM dan Yusri mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak membimbing skuad yang ditubuhkan pada Disember tahun lepas.
Justeru, beliau berkata FAM dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan menemu duga beberapa calon dalam masa terdekat bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan Yusri bagi mengharungi saingan Liga Premier 2022.
FAM juga, katanya, akan membuat pengumuman berhubung pengganti Yusri sejurus keputusan temu duga itu dicapai.
"FAM menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yusri atas khidmatnya sepanjang semusim mengendalikan Skuad Projek FAM-MSN bagi saingan Liga Premier 2021 dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya nanti," kata beliau.
Pasukan itu menamatkan saingan Liga Premier 2021 di tangga tercorot dengan mencatat hanya satu kemenangan, tiga seri dan 16 kekalahan dalam 20 aksi liga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 10 2021
Peletakan jawatan itu dibuat oleh Yusri selepas beliau mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya musim depan. - Gambar fail/BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Enam cedera serangan Dron Russia di wilayah Kharkiv, Dnipro
Russia melancarkan serangan dron ke atas wilayah Kharkiv dan Dnipro di Ukraine, sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang cedera dan kerosakan infrastruktur kritikal pada bangunan komersial dan kediaman, kata pegawai wilayah.
Lebih 80 migran diselamatkan di luar pantai Libya
87 migran termasuk wanita dan kanak-kanak diselamatkan pihak berkuasa Itali di laut Mediterranean, di luar pantai Libya.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Bot dinaiki mereka berlayar dari Zawiya, Libya dikatakan penuh sesak selain dimasuki air ketika dipintas pihak berkuasa.
Kendall rasai sendiri ujian jet pejuang F-16 menggunakan AI
Sebuah jet pejuang F-16 bagi tujuan ujian yang membawa Setiausaha Tentera Udara Frank Kendall mencipta sejarah apabila dikawal sepenuhnya teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Kendall berkata beliau cukup yakin dengan keupayaan AI termasuk melancarkan serangan.
Polis Kanada dakwa tiga individu
Polis Kanada menahan dan mendakwa tiga lelaki India pada Jumaat atas pembunuhan Ketua Pemisah Sikh Hardeep Singh Nijjar tahun lalu.
Dakwa India negara xenofobia, Menteri Luar sangkal kenyataan Biden
Biden berkata Jepun dan India, bersama Rusia dan China adalah negara xenofobia yang tidak mahu menerima imigran.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
JDT II kembali ke puncak teratas Liga Premier
JDT II kembali merampas kedudukan teratas Liga Premier selepas menewaskan pasukan tercorot, Skuad Projek FAM-MSN.
Liga Premier: Dua gol Mintah julang Terengganu FC II di Cheras
Ayam tambatan TFC II dari Ghana Jordan Mintah, muncul wira apabila meledak dua gol pada separuh masa pertama.
Liga Premier: Kelantan United tundukkan Skuad Projek FAM-MSN 2-1
Kelantan United menafikan hasrat Skuad Projek FAM-MSN meraih kemenangan sulung mereka dalam saingan Liga Premier.
Skuad Projek FAM-MSN belasah Tok Janggut Warriors 5-1
Skuad Projek terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan sepakan percuma Khairul Izuan Rosli pada minit ke-18.
Yusri Che Lah letak jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN
Jodoh bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah bersama Skuad Projek FAM-MSN tidak kekal lama apabila beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan itu.