awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yusri kecewa TRW gagal perolehi tiga mata penuh

Bernama
Bernama
15/07/2018
02:11 MYT
Yusri kecewa TRW gagal perolehi tiga mata penuh
Shafiq Shaharudin (kiri) diasak pemain Selangor, Abdul Halim Zainal pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 11 Julai, 2018. -- fotoBERNAMA / Fail
Kegagalan pasukan Kelantan memperolehi tiga mata penuh ketika menentang Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, Sabtu malam jelas mengecewakan Ketua Jurulatihnya Yusri Che Lah yang kini sedang bekerja keras menyelamatkan pasukannya daripada tersingkir ke Liga Premier musim depan.
Yusri berkata keputusan seri 1-1 itu sukar diterima pada situasi pasukan yang juga dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) yang perlu memperolehi mata penuh pada baki perlawanan liga bagi mengelakkan disingkir ke Liga Premier musim depan.
"Sebenarnya tiga mata sudah digenggaman TRW sehingga tamat 90 minit perlawanan sebenar, namun gol sepakan penalti pasukan lawan pada masa tambahan amat mengecewakan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.
Pada perlawanan itu gol Kelantan dijaringkan Shafiq Shaharudin pada minit ke-11 manakala gol pelawat dijaringkan Yahor Zubovich pada masa tambahan selepas pengadil perlawanan Suresh Jayaraman menghadiahkan sepakan penalti susalan bola terkena tangan pemain pertahanan pasukan Kelantan.
"Kita kurang usaha, kelemahan yang ada kita gagal mengatasinya apabila berhadapan keadaan yang cukup genting hidup mati bagi menentukan pasukan terus kekal beraksi di Liga Super.
"Gagal menggunakan peluang menjaringkan gol masih lagi kelemahan yang miliki, Cristiano Marcolino Santos (import Brazil) masih lagi gagal menebusi gawang dalam empat perlawanan sejak Jun lalu," katanya.
Katanya beliau akan melihat inisiatif yang dimiliki oleh pasukan itu bagi menghadapi pasukan Johor Darul Ta'azim, Pahang dan Terengganu bagi memperolehi kemenangan.
Kelantan kini berada dikedudukan ke-11 dengan mengumpul 15 mata hasil daripada empat kemenangan, tiga seri dan dua belas kekalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#jurulatih
#Kelantan
#Liga Premier
#Liga Super
#The Red Warriors
#TRW
#Yusri Che Lah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan