KUALA LUMPUR:Kecenderungan mengetengahkan bakat muda menjadi antara faktor pemilihan bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Majlis Sukan Negara (MSN).
Penolong Pengarah Teknikal FAM Datuk Ong Kim Swee menyifatkan pelantikan Yusri, 44, bukan sekadar tangkap muat tetapi telah melalui proses penilaian teliti yang akhirnya diputuskan secara kolektif oleh pihak terlibat.
Menurut Kim Swee, pengalaman luas dimiliki Yusri sebagai jurulatih dan pemain kebangsaan juga menjadikan beliau individu tepat membimbing Skuad Projek FAM-MSN itu yang diumumkan secara rasmi semalam.
"Pelantikan Yusri bukan saja hanya pelantikan biasa, kita tahu beliau mempunyai pengalaman luas sebelum ini dengan pemain muda. Kita dapat lihat daripada segi statistik, Yusri menurunkan ramai pemain muda ketika beliau bersama Kelantan mahupun pasukan Kuala Lumpur.
"Saya rasa ini pemilihan yang cukup tepat dan Yusri mempunyai pengalaman bukan sahaja sebagai jurulatih tetapi juga pemain kebangsaan," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman pasukan itu di Wisma FAM di Kelana Jaya, semalam.
Yusri memiliki 42 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan dari 1997-2002 selain pernah beraksi untuk pasukan Perlis, Selangor dan Perak sebelum bersara pada 2007.
Anak Jati Kangar itu yang memulakan kerjaya selaku jurulatih pada 2009 berpengalaman membawa skuad Perlis di peringkat Piala Presiden serta Sukan Malaysia (Sukma), pasukan MyKids dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Felcra FC, Kuala Lumpur dan Kelantan.
Bersama Skuad Projek FAM-MSN, Yusri akan dibantu penolong jurulatih Noor Zaidi Rohmat, Hamsani Ahmad (jurulatih penjaga gol) dan Nor Ikhmar Madarsa (jurulatih suaian fizikal) dengan sokongan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai anggota sokongan sains, perubatan dan teknologi sukan.
Skuad Projek FAM-MSN merupakan usaha mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam membantu barisan pemain muda negara mengharungi transisi ke pentas senior dan profesional.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 11 2020
Menurut Kim Swee, pelantikan Yusri bukan saja hanya pelantikan biasa, malah bersandarkan pengalaman luasnya sebelum ini dengan pemain muda. - Gambar fail
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Geylang FC uji keserasian skuad Perak FC
Yusri berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit para pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Yusri tidak tahu mengenai hijrah 'Messi' ke Perak FC
Ketua Jurulatih Perak FC Yusri Che tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC Muhammad Faiz Mohd Nasir.
Bola sepak: The Bos Gaurus 'sambar' Tommy Mawat
Perak FC berjaya mendapatkan khidmat bekas bek kiri Negeri Sembilan FC Tommy Mawat Bada.
Perak nafi dapatkan khidmat pemain JDT
Tiada sebarang perbincangan rasmi diadakan untuk mendapatkan khidmat Muhammad Haziq Nadzli serta Adam Nor Azlin dari JDT.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.
Perak FC sambung kontrak Yusri Che Lah
Yusri berjaya membawa skuad Perak FC hingga peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2023.
Berdepan JDT, Perak enggan kibar 'bendera putih' - Yusri
Walaupun mengetahui kekuatan dimilik skuad Harimau Selatan yang serba lengkap, namun tidak mustahil untuk The Bos Gaurus mencipta kejutan.