awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia, kembalilah ke pangkal jalan - Misbun

Astro Arena
Astro Arena
23/01/2022
00:30 MYT
Zii Jia, kembalilah ke pangkal jalan - Misbun
Misbun ditemui pada sesi pencarian bakat BAM di Bukit Kiara, 22 Jan 2022. - Foto Astro ARENA
BEKAS jurulatih Lee Zii Jia, Datuk Misbun Sidek, bingung dengan tindakan pemain perseorangan itu namun mengharapkan ada penutup yang baik agar tidak memberi kesan yang buruk buat badminton negara.
Ia susulan tindakan Zii Jia yang meletak jawatan baru-baru ini, diikuti keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggantungnya selama dua tahun daripada sebarang pertandingan antarabangsa.
"Segalanya masih belum terlambat kerana ia merupakan salah satu tindakan daripada BAM.
"Mereka ada hak kerana telah memberikan kebajikan kepada pemain sejak muda dan tiba-tiba anda mengambil langkah untuk keluar daripada persatuan dan tindakan tersebut adalah melanggar akta yang telah ditetapkan.
"Saya berharap dia dapat memikirkannya semula dan jika mahu menjadi seorang pemain yang hebat, dia harus kembali ke pangkal jalan."
Misbun yang kini memegang kerusi Pengarah Pembangunan Remaja ditemui ketika sesi pencarian bakat BAM di Bukit Kiara.
Sesi pemilihan itu bertujuan mencari pemain bawah 14 dan 16 tahun, dan melibatkan 84 orang pemain dari seluruh negeri.
Hanya 16 tempat sahaja ditawarkan untuk diserap ke dalam Akademi Badminton Malaysia (ABM).
BACA: Gambar profil FB Zii Jia ditukar kepada hitam, beberapa jam selepas keputusan BAM
BACA: Konflik Zii Jia-BAM: Jangan main tuding jari - Faizal Azumu
BACA: Faizal Azumu akan bertemu BAM dan Lee Zii Jia
BACA: Selesai secara baik, isu BAM-Zii Jia kini tumpuan dunia - Chong Wei
Isu penggantungan Zii Jia oleh BAM meraih perhatian barisan pemain ternama antarabangsa seperti Anders Antonsen, Lauren Smith, Chirag Shitty, serta bekas-bekas pemain negara.
Bukan hanya mereka yang bersuara, malah peminat sukan badminton tanah air turut meluahkan rasa tidak puas hati atas hukuman yang dikenakan kepada Zii Jia.
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#badminton
#Misbun Sidek
#BAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan