awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faizal Azumu akan bertemu BAM dan Lee Zii Jia

Astro Awani
Astro Awani
21/01/2022
11:25 MYT
Faizal Azumu akan bertemu BAM dan Lee Zii Jia
Menurut Faizal, kedua-dua pihak perlu berusaha untuk mencari jalan keluar daripada isu yang tercetus. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan membuat pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Lee Zii Jia susulan keputusan BAM untuk tidak mendaftarkan bintang perseorangan itu untuk kejohanan antarabangsa selama dua tahun.
Kata Ahli Parlimen Tambun itu menerusi kemas kini di Twitter peribadinya pada Jumaat, kedua-dua pihak perlu berusaha untuk mencari jalan keluar daripada isu yang tercetus.
“BAM dan Lee Zii Jia mesti mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian untuk isu ini.
“Saya akan bertemu dengan kedua belah pihak dalam masa terdekat,” kata Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja.
BACA: BAM tidak akan daftar Lee Zii Jia untuk mana-mana pertandingan selama dua tahun
Tambahnya, jalan penyelesaian tentunya dapat dicapai jika kepentingan negara menjadi keutamaan.
[TERKINI] Sidang media Persatuan Badminton Malaysia
“Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.
BAM dan Lee Zii Jia mesti mencuba bersungguh-sungguh mencari jalan penyelesaian untuk isu ini. Saya akan bertemu dengan kedua belah pihak dalam masa terdekat. Kita tidak seharusnya mempertaruhkan masa depan pemain dan kedudukan Malaysia di pentas Badminton antarabangsa.
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) January 21, 2022
Jika kepentingan negara diutamakan, sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Pada hemat saya isu diantara BAM dan Lee Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendokong serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini.
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) January 21, 2022
“Pada hemat saya, isu antara BAM dan Lee Zii Jia bukanlah perkara yang rakyat dan para pendukung serta penyokong sukan badminton inginkan ketika ini.”
BAM pada Jumaat mengumumkan bahawa Zii Jia tidak akan didaftarkan dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari 2022.
Menurut Timbalan Presiden (2) BAM, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, BAM dan Zii Jia telah melakukan beberapa siri perbincangan sebelum ini dan meminta pemain tersebut mempertimbangkan keputusannya.
Topic Berkaitan
#Faizal Azumu
#Menteri Belia dan Sukan
#Lee Zii Jia
#Persatuan Badminton Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan