awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia

Bernama
Bernama
24/01/2024
16:30 MYT
Zii Jia melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia
Zii Jia, yang menghuni ranking ke-10 dunia, mengambil masa 54 minit untuk menang 19-21, 21-14, 21-11. - Foto Facebook BAM
JAKARTA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum melangkah ke pusingan kedua Masters Indonesia 2024 dengan menewaskan pemain India, K. Srikanth di Istora Senayan di sini, hari ini.
Zii Jia, yang menghuni ranking ke-10 dunia, mengambil masa 54 minit untuk menang 19-21, 21-14, 21-11.
Beliau yang kandas di peringkat suku akhir Terbuka India minggu lalu akan bertemu pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long pada pusingan kedua selepas menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen 21-17, 24-22.
Zii Jia, yang kini tampil lebih yakin, berkata Terbuka India merupakan permulaan yang baik berbanding tahun lepas kerana sering bergelut di pusingan pertama namun tetap tidak berputus asa.
"Set pertama kurang tahu permainan Srikanth yang banyak berubah, di set kedua dan ketiga mula dapat rentak dan tahu permainan sebenarnya," kata bekas jaguh All England ketika ditemui selepas perlawanan itu.
Selain menyasarksn untuk layak ke Olimpik Paris 2024 dengan mendapatkan keputusan baik di setiap kejohanan, Zii Jia mengidamkan pingat dan bertekad mempamerkan persembahan baik sepanjang tahun ini.
Turut mengiringi Zii Jia ialah pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao yang menyingkirkanwakil Jepun, Kenta Nishimoto dengan straight set 21-17, 21-17 dan berdepan jaguh Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada pusingan kedua.
Beregu campuran Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie pula berdepan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun selepas menewaskan gandingan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-15, 21-15 pada pusingan pertama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#badminton
#Masters Indonesia
#pusingan kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan