KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia bersedia membantu Malaysia mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia Alam, Shah Alam, pada 13 hingga 18 Feb ini.
Pasukan LZJ mengesahkan penyertaannya selepas pemain nombor 11 dunia itu berdepan satu lagi penyingkiran pusingan pertama di tangan pemain China Lu Guang Zu pada Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung di Arena Axiata di sini, pada Selasa.
Menurut kenyataan yang disiarkan dalam platform media sosial Team LZJ, pemain berusia 25 tahun itu telah memutuskan untuk menerima jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bermain untuk negara dalam acara berpasukan lelaki.
Menjejakkan kaki di tempat sendiri sebagai atlet profesional adalah luar biasa istimewa. Tidak dapat menggambarkan dengan tepat perasaan mendengar penyokong tuan rumah bersorak untuk anda sepanjang perlawanan, mungkin salah satunya adalah ajaib.
"Kejayaan yang amat kami inginkan dalam edisi Terbuka Malaysia ini tidak menjadi kenyataan. Peluang kedua sukar diperoleh, terutama sekali, peluang untuk bukan sahaja beraksi di Malaysia tetapi bersama pasukan Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh disia-siakan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Zii Jia dan pasukannya sentiasa perlu membuat beberapa pelarasan program sebelum ini akan dipermudahkan termasuk melupakan Terbuka Jerman untuk menyertai BATC.
Pada saingan BATC edisi 2022 di venua sama, Zii Jia turut menjadi sebahagian daripada pasukan yang mencipta sejarah muncul juara buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia pada aksi final.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Zii Jia telah memutuskan untuk menerima jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk bermain untuk negara dalam acara berpasukan lelaki. - Gambar fail
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.