KUALA LUMPUR: Adakah Arena Axiata "gelanggang berhantu" kepada pemain kegemaran peminat badminton negara, Lee Zii Jia?
Ini mungkin ada kebenarannya selepas jaguh perseorangan lelaki profesional negara itu sekali lagi tersingkir di peringkat awal di gelanggang itu selepas beliau tewas kepada wakil Taiwan Lin Chun-Yi, 19-21, 21-16, 15-21 pada pusingan kedua kejohanan Masters Malaysia di sini hari ini.
Biarpun merasa tidak sihat ketika perlawanan itu, Zii Jia wajar diberi pujian kerana beliau mampu menamatkan perlawanan yang berlangsung selama sejam 27 minit.
Zia Jia tidak muncul untuk diwawancara di zon campuran, yang merupakan rutin bagi setiap pemain selepas mereka menamatkan perlawanan kerana beliau dipercayai sedang mendapatkan rawatan.
Kakaknya merangkap pengurus, Lee Zii Yii yang menggantikan Zii Jia dalam sesi wawancara di zon campuran mengesahkan pemain nombor 10 dunia itu mengalami pening kepala dan menjejaskan prestasinya hari ini.
"Sekarang setiap orang dapat saksikan Zii Jia pening, berdiri pun tak boleh. Minta maaf beliau tidak dapat diwawancara," Zii Yii said.
Zii Yii mengakui pemain pilihan keempat kejohanan itu agak keletihan selepas bertanding dalam Piala Sudirman di Suzhou, China minggu lepas termasuk perjalanan pergi dan balik.
Beliau juga berkata keadaan semasa Zii Jia tidak serius dan hanya mengambil ubat panadol untuk merawat pening kepalanya.
Keputusan hari ini bermakna Zii Jia tersingkir awal sebanyak tiga kali berturut-turut di sini selepas tewas di tangan wakil Indonesia Shesar Hiren Rhustavito 19-21, 21-19, 16-21 pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2022.
Januari lepas, Zii Jia dikejutkan dalam pusingan pembukaan Terbuka Malaysia 2023 kepada bintang meningkat naik Jepun, Kodai Naraoka, 21-13, 17-21, 19-21.
Pada masa sama, Zii Yii berkata kontrak jurulatih baharu Zii Jia , Wong Tat Meng adalah sehingga akhir 2024.
Selasa lepas, Pasukan LZJ dalam hantaran di media sosial mengumumkan tugas awal Tat Meng ialah untuk mengadakan sebuah program latihan yang akan dapat membantu Zii Jia mencapai prestasi yang konsisten, meningkatkan ranking dunia dan layak ke Sukan Olimpik 2024.
Zii Jia beraksi tanpa jurulatih sepenuh masa sejak tidak lagi berada di bawah bimbingan jurulatih dari Indonesia Indra Wijaya, lewat tahun lepas.
Sementara itu, beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan beregu Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 15-21, 21-12, 21-19 untuk layak ke suku akhir.
Biarpun menewaskan lawan mereka dua kali berturut-turut selepas menang 21-8, 23-21 ke atas wakil Taiwan itu dalam perlawanan ketiga kumpulan pada Piala Sudirman, di Suzhou, China baru-baru ini, Yew Sin berkata Ching Yao-Po Han telah mengkaji permainan mereka yang mengakibatkan wakil Malaysia itu terpaksa bertarung dalam set penentuan.
Yew Sin-Ee Yi akan bertemu Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae selepas beregu Korea Selatan itu menewaskan wakil Jepun Akira Koga-Taichi Saito, 21-15, 21-17.
Beregu pilihan keenam kejohanan itu akan menyertai dua lagi beregu lelaki negara termasuk Juara Dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta beregu utama wanita kebangsaan Pearly Tan-M Thinaah di peringkat seterusnya esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
Keputusan hari ini bermakna Zii Jia tersingkir awal sebanyak tiga kali berturut-turut di sini selepas tewas di tangan wakil Indonesia Shesar Hiren Rhustavito. - Gambar Bernama
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
BAC 2024: Zii Jia ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, selepas mengetepikan cabaran wakil Taiwan Chou Tien Chen hari ini.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.