awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zii Jia tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India

Bernama
Bernama
18/01/2023
15:56 MYT
Zii Jia tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India
Zii Jia yang kalah dalam set pertama berjaya untuk bangkit dan mengungguli dua set berikutnya dalam perlawanan yang berlangsung selama 63 minit, yang berakhir dengan keputusan 20-22, 21-19, 21-12. - Gambar fail
NEW DELHI: Pemain badminton profesional Malaysia Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023, di sini hari ini.
Zii Jia yang kalah dalam set pertama berjaya untuk bangkit dan mengungguli dua set berikutnya dalam perlawanan yang berlangsung selama 63 minit, yang berakhir dengan keputusan 20-22, 21-19, 21-12 di gelanggang KD Jadhav Indoor Hall.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Zii Jia berkata beliau gembira dengan kemenangan itu, yang menyusul selepas beliau mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia baru-baru ini.
"Saya sedang berusaha mengembalikan prestasi terbaik saya secepat mungkin," kata pemain berumur 25 tahun itu, dan menambah sokongan peminat kepadanya di kejohanan Terbuka India itu amat menakjubkan.
Sementara itu beregu lelaki profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi berjaya menewaskan pasangan Jepun Akira Koga-Taichi Saito 21-15, 21-15 dalam masa 39 minit.
Untuk pusingan kedua esok, pasangan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dijadualkan bertemu dengan pemenang dalam perlawanan antara beregu Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov dan beregu Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren.
Sementara itu beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah yang terkandas dalam pusingan pertama Terbuka Malaysia sebelum ini pula, berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah Ashwini Bhat-Shikha Gautam dengan 21-8, 21-11.
Dalam satu lagi saingan perseorangan lelaki, pemain negara Ng Tze Yong tumpas kepada pemain China Li Shi Feng dengan 19-21, 14-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Zii Jia
#Terbuka India
#prestasi semasa
#pemain India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan