ATLET lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, enggan dilabel sebagai atlet berprofil tinggi dalam Sukan Para Asia di Jakarta walaupun hadir dengan reputasi hebat selaku juara bertahan dan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016.
Dengan reputasi tersebut, Ziyad sudah pasti akan menjadi tumpuan serta sandaran utama kontinjen negara meraih pingat emas.
"Sukan Para Asia merupakan antara sukan yang penting buat saya, sudah pasti ia bukan satu perjalanan yang mudah.
"Ini adalah masa untuk saya memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia yang mengharapkan kilauan emas daripada saya," katanya.
Bercakap mengenai perbezaan di antara edisi kali ini dan kejayaan di Incheon empat tahun lalu, Ziyad jelas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan dilaluinya dalam mempertahankan pingat emas tersebut.
"Misi kali ini adalah untuk mendapatkan koleksi kedua di peringkat Asia. Insya-Allah, jika ada rezeki, saya akan membawa pulang pingat emas tersebut," tambahnya.
Astro Arena
Thu Oct 04 2018

Bercakap mengenai perbezaan di antara edisi kali ini dan kejayaan di Incheon empat tahun lalu, Ziyad jelas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan dilaluinya dalam mempertahankan pingat emas tersebut. - Gambar fail

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat 'Keluarga Dunia'
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan, serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Bapa mangsa kelar tidak simpan dendam kepada menantu
Walaupun kematian anak dan cucu, Rosman Ahmad tidak berdendam kepada menantunya, yang menjadi suspek kepada pembunuhan kejam. Walaupun suspek mengelar leher kedua-dua mangsa, Rosman yakin apa yang berlaku adalah di luar kawalan menantunya.

Malaysia-Turki | PM tiba di Istanbul bagi lawatan rasmi empat hari
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turki atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Banjir Baling | PM arah salur bantuan segera kepada mangsa
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bantuan segera disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir di Baling, Kedah. Perdana Menteri yang kini berada di Turki untuk lawatan rasmi, berkata beliau turut mengarahkan setiausaha politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya, untuk turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan secepatnya kepada mangsa.

Wanita maut dicekik ketika disamun
Seorang wanita berusia 52 tahun maut setelah dicekik sehingga mati oleh seorang lelaki dalam satu kejadian samun, pada jam 6 pagi tadi.

'Jika Najib mahukan pengampunan, ikut proses' - Tok Mat
Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Isu tukar tanah MINDEF: Onn Hafiz beri keterangan kepada PAC
Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC.

Banjir Baling: Perdana Menteri arah salur bantuan segera kepada mangsa
Perdana Menteri dalam masa yang sama mendoakan agar mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan tersebut.

Permohonan Ahmad Zahid terbit semula, halang sebar rakaman kenyataan Tun Mahathir ditolak
Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

Kejayaan filem Mat Kilau bukti dasar kerajaan tepat, bantu penerbit tempatan
Filem arahan Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.

Asia-Pacific Roundtable ke-35 bincang isu kerjasama di sebalik persaingan
Asia-Pacific Roundtable ke-35 kembali tahun ini dan akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

Penting tingkatkan hubungan Australia dengan Asia Tenggara - Penny Wong
Amat penting untuk Australia berbincang dalam cara yang mengiktiraf negara itu sebagai sebahagian daripada rantau Asia Tenggara.

Isu hina Nabi Muhammad: Perlu bertindak ikut kerangka Islam - Ismail Sabri
Umat Islam perlu bertindak balas mengikut kerangka tuntutan agama terhadap isu penghinaan Nabi Muhammad yang berlaku di India baru baru ini.

Persidangan Ulama: Konsep Keluarga Malaysia boleh dijadikan contoh untuk negara Islam - PM
Semua pihak terutama ulama dan para ilmuwan Islam perlu mencari jalan penyelesaian dalam berdepan cabaran pertikaian sesama sendiri.

11 atlet Kedah terima ganjaran RM21,000
Pemberian imbuhan tersebut diharapkan mampu menjadi perangsang kepada atlet-atlet lain supaya lebih gigih berlatih demi negeri dan negara.

Konsep Keluarga Malaysia dikongsi pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022
Malaysia akan menerangkan contoh bagaimana keharmonian diwujudkan dalam masyarakat majmuk.

Lonjak ranking petanda positif buat Harimau Malaya
Ia sesuatu yang membanggakan selepas kali terakhir Harimau Malaya berada dalam kelompok 150 teratas dunia pada 2014.

Reader's Digest Trusted Brands 2022: Spritzer rangkul anugerah platinum
Spritzer Bhd. (Spritzer) mengumumkan syarikat itu baru-baru ini memenangi anugerah platinum Reader's Digest Trusted Brands 2022 bagi kategori Makanan dan Minuman (air botol).

Malaysia lonjak tujuh anak tangga, kini di ranking ke-147 dunia
Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas.