GADGETS
Amazon lancar satelit pertama, cabar rangkaian Starlink milik Musk

Amazon melancarkan 27 satelit sebagai permulaan Projek Kuiper untuk menyediakan liputan internet global. -Gambar fail/Reuters
SAN JOSE: Amazon melancarkan kumpulan pertama satelit internet ke angkasa pada Isnin, menandakan permulaan usahanya untuk membina rangkaian saingan kepada Starlink milik Elon Musk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Amazon melancarkan 27 satelit sebagai permulaan Projek Kuiper untuk menyediakan liputan internet global.
- Projek Kuiper bertujuan membina konstelasi sekitar 3,200 satelit dalam beberapa tahun akan datang.
- Rangkaian Starlink milik SpaceX menguasai pasaran internet satelit global dengan kira-kira 7,000 satelit, tetapi penganalisis percaya masih terdapat ruang untuk persaingan.
Pelancaran ini dilakukan selepas ditunda awal bulan ini akibat cuaca buruk.
Amazon, yang diasaskan oleh Jeff Bezos membuat tempahan slot bagi puluhan pelancaran roket pada masa depan melalui penyedia seperti SpaceX dan Blue Origin bagi memenuhi keperluan peraturan.
Di bawah lesen operasinya, syarikat itu perlu melancarkan sekurang-kurangnya 1,600 satelit Kuiper menjelang pertengahan 2026.
Rangkaian Starlink milik SpaceX kini mengendalikan kira-kira 7,000 satelit dan menguasai pasaran internet satelit global.
Namun begitu, penganalisis percaya masih terdapat ruang untuk persaingan, terutamanya dengan permintaan daripada syarikat penerbangan, penyedia telekomunikasi dan pengguna di kawasan terpencil atau kurang mendapat liputan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami