awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit 'membimbangkan' rakyat Singapura
Lelaki Nigeria campak cucu dari tingkat tiga dihukum gantung sampai mati
Dewan Perwakilan AS luluskan RUU lanjutkan subsidi penjagaan kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fadhlina mahu siasatan kes buli murid di Johor disegerakan

Bernama
Bernama
18/08/2025
03:00 MYT
Fadhlina mahu siasatan kes buli murid di Johor disegerakan
Fadhlina berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. - Foto Facebook/Fadhlina Sidek
JOHOR BAHRU: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahu siasatan kes buli melibatkan seorang murid di Johor disegerakan dengan tindakan sewajarnya dapat diambil.
Fadhlina berkata beliau mengambil serius kejadian berkenaan dan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
"Ia mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Semalam ibu kepada seorang murid lelaki berusia 10 tahun mendakwa anaknya yang menghidap kanser hidung, kini menderita akibat gegaran otak selepas menjadi mangsa buli di sebuah sekolah agama Februari lepas.
Wanita itu turut kesal dengan mendakwa pelaku berusia 12 tahun tidak dikenakan tindakan sewajarnya kerana masih di bawah umur.
Sementara itu, Fadhlina berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
"Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buli
#Fadhlina Sidek
#KPM
#murid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan