Android 17 bakal sokong pemetaan semula butang alat kawalan permainan

Kod ciri ini ditemui dalam rangka kerja terbaharu Android, menandakan sokongan alat kawalan permainan yang lebih baik bakal diperkenalkan menerusi Android 17 tahun depan. -Foto Amanz
PADA tahun 2024, permainan video pada telefon pintar menyumbang 50 peratus pendapatan industri, manakala konsol dan PC masing-masing menyumbang 25 peratus dan 24 peratus.
Ringkasan AI
- Permainan video pada telefon pintar menyumbang 50% pendapatan industri pada tahun 2024, manakala konsol dan PC masing-masing menyumbang 25% dan 24%.
- Populariti permua telah memacu perkembangan terbesar dalam segmen permainan video berikutan pandemik lima tahun lalu.
- Google sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pemetaan semula butang pada alat kawalan permainan terus dari tetapan sistem, menandakan sokongan alat kawalan yang lebih baik dijangka diperkenalkan pada Android 17 tahun depan.
Google kini dilaporkan sedang menguji ciri yang membolehkan butang pada alat kawalan permainan dipetakan semula terus daripada tetapan sistem, menurut Android Authority.
Kod ciri ini ditemui dalam rangka kerja terbaharu Android, menandakan sokongan alat kawalan permainan yang lebih baik bakal diperkenalkan menerusi Android 17 tahun depan.
Pada versi Android sekarang, butang pada alat kawalan seperti DualSense atau Xbox tidak boleh dipetakan semula terus dari dalam permua (kecuali jika disokong secara terbina).
Pengguna Android perlu memuat turun aplikasi pihak ketiga seperti Button Mapper untuk melakukan pemetaan semula. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perkadaran sumbangan pendapatan industri permainan video antara permainan pada telefon pintar, konsol, dan PC pada tahun 2024? A: Telefon pintar menyumbang 50%, manakala konsol dan PC masing-masing menyumbang 25% dan 24%.
- Q: Apa yang dikatakan dalam artikel mengenai kelebihan menggunakan alat kawalan fizikal berbanding skrin sentuh dalam permainan video? A: Walaupun populariti permua semakin meningkat, mengawal watak melalui skrin sentuh tidak sebaik menggunakan alat kawalan fizikal, terutama dalam permainan FPS.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh Google berkenaan pemetaan butang pada alat kawalan permainan dalam sistem Android? A: Google sedang menguji ciri yang membolehkan butang pada alat kawalan permainan dipetakan semula terus daripada tetapan sistem, dan ini dijangka diperkenalkan pada Android 17 tahun depan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

