BARCELONA: Sempena Mobile World Congress Barcelona 2023 (MWC 2023), jenama Nokia antara yang menjadi bualan hangat bagi pengunjung yang hadir.
Mana tidaknya, jenama yang pernah menjadi gergasi telefon mudah alih satu masa dahulu kini muncul dengan reruai bersaiz mega beserta reka bentuk yang futuristik.
Kehadiran Nokia kali ini dilihat sebagai salah satu strategi penting untuk memberitahu kepada dunia bahawa Nokia sekarang tidak sama seperti dahulu.
Menerusi kenyataan media pada Ahad, Pekka Lundmark, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nokia menjelaskan, Nokia kini sedang mengemaskini strategi perniagaan mereka untuk menjadi pemboleh utama (key enabler) kepada teknologi terbaharu.
"Nokia kini merupakan peneraju inovasi teknologi secara perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang merintis masa depan di mana rangkaian (network) bertemu awan (cloud)," katanya.
Untuk rekod, ini merupakan perubahan logo yang pertama buat Nokia sejak ia diambil alih oleh HMD Global yang meneruskan penggunaan logo klasiknya yang dikenali di seluruh dunia.
Pada masa sama, pendekatan perkongsian dengan kumpulan penyelidikan terutamanya dalam inovasi rangkaian telah menyebabkan wadah inovasi Nokia kelihatan agak 'gila'.
Mana tidaknya, Nokia merancang untuk membangunkan rangkaian selular pertama di bulan dengan teknologi 4G menerusi inisiatif penyelidikan bersama Bell Labs.
"Siapa nak pakai telefon kat bulan? Orang pun tak ada kat sana!" kata salah seorang pengunjung yang mengunjungi reruai Nokia di WMC 2023.
Menurut Presiden Nokia Bell Labs, Thierry Klein, projek yang dimulakan pada 2020 itu sedia untuk dilancarkan pada 2023 dengan kerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Kerjasama ini akan membolehkan rangkaian LTE di bulan menunjukkan bagaimana teknologi selular canggih boleh digunakan untuk komunikasi kritikal dalam penerokaan planet masa hadapan.
Di sebalik 'kegilaan' ini, aspirasi yang ditunjukkan Nokia dalam strategi baharunya memungkinkan sebarang idea dapat dilaksanakan dan paling penting dapat dikomersialkan sewajarnya.
Maka tidaklah penyelidikan saintifik sekadar menjadi pelengkap kepada koleksi penerbitan kajian di institusi pendidikan tinggi semata-mata.
Hilal Azmi, Ibrahim Sani
Thu Mar 02 2023

Logo baharu Nokia mendapat respon pelbagai warganet. Akan tetapi bagi Nokia, inilah masa hadapan kepada strategi baharu yang kini dibangunkan. - Foto Nokia

Agong, Permaisuri zahir ucapan sempena Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negara ini.
![AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015183/41774397131679489990358_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [22/03/2023] – Tumpuan umat Islam | Lawatan rasmi ke Arab Saudi | Keputusan Ketua Polis Negara
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Hakim Rahman Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Bila puasa? pengumumannya sebentar lagi. - PM mula lawatan rasmi ke Arab Saudi, selesai tunai umrah. - Tun Mahathir nafi arah Ops Lalang. - Kerajaan sama sekali tidak sokong LGBT. #AWANInews

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

Solat terawih di padang terbuka, rutin biasa di Kelantan
Hampir setiap tahun kerajaan Kelantan menganjurkan Madinatul Ramadhan atau solat terawih bukan di masjid sebaliknya dilaksanakan di perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke empat. Untuk butiran lanjut bersama Muhafandi Muhamad.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa esok iaitu pada Khamis, 23 Mac 2023.

Tindakan tegas mengikut undang-undang pihak sokong LGBT
Kerajaan tidak sesekali menyokongan sebarang program mempunyai unsur LGBT dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang melanggar dasar kerajaan.

Ramadan: Masjid Hagia Sophia dibersihkan dengan air mawar
Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid dan dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun sama.

Buletin AWANI Khas: Anak Bulan | Laporan terkini cerapan Hilal Ramadan 1444H

Pengisytiharan Permulaan Puasa 1444H / 2023M
Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sriu Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan hari pertama umat Islam berpuasa ialah pada Khamis atau esok 23 Mac 2023. Sebelum berakhir .... ikuti semula pengumuman berkenaan.

Belanda: Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi
Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Antara penjenamaan semula dan 'kegilaan' baharu Nokia
Projek yang dimulakan pada 2020 itu sedia untuk dilancarkan pada 2023 dengan kerjasama NASA.