Skip to main content

Teknologi

Aplikasi Edits perkenal ciri ‘AI Restyle’, sunting video guna arahan teks

https://amanz.my/2026569573
Menerusi kemas kini ini, pengguna boleh menaip arahan ringkas seperti menukar latar masa atau gaya teks kepada kesan visual tertentu, tanpa perlu melakukan suntingan manual yang kompleks. -Foto Amanz
Advertisement

APLIKASI penyuntingan video Edits memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu dikenali sebagai AI Restyle yang membolehkan pengguna mengubah gaya visual klip video hanya melalui arahan teks.

Menerusi kemas kini ini, pengguna boleh menaip arahan ringkas seperti menukar latar masa atau gaya teks kepada kesan visual tertentu, tanpa perlu melakukan suntingan manual yang kompleks, lapor Amanz.

Selain itu, aplikasi tersebut meningkatkan had eksport video kepada 15 minit berbanding sebelumnya, sekali gus memberi ruang kepada penghasilan kandungan lebih panjang.

Dari segi analitik, Edits kini menyokong perbandingan prestasi sehingga tiga video Reels secara serentak.

Ciri Audience Insights turut dipertingkat dengan membolehkan data dieksport dalam format PDF bagi memudahkan perancangan strategi kandungan.

Kemas kini itu juga memperkenalkan kawalan tambahan bagi kejelasan teks dan pelekat, selain pilihan fon eksklusif daripada penyanyi Olivia Rodrigo.

Semua ciri baharu ini tersedia melalui versi terkini aplikasi Edits yang boleh dimuat turun mulai hari ini.

 

Must Watch Video

Advertisement