awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Puteri UMNO tegas 'survival' parti perlu evolusi
Permintaan tinggi kain gentian kaca jejaskan pengeluaran cip Apple, Qualcomm
PERKESO salur bantuan kepada mangsa letupan universiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple: Creator Studio tidak akan guna data pengguna untuk latih AI

Bernama
Bernama
14/01/2026
23:20 MYT
Apple: Creator Studio tidak akan guna data pengguna untuk latih AI
Langganan Creator Studio menggabungkan perisian Apple untuk penyuntingan video dan pemprosesan imej, serta ciri AI baharu untuk aplikasi pejabat.
SAN JOSE (California): Apple menegaskan bahawa ia tidak akan menggunakan data pengguna untuk melatih kecerdasan buatan (AI) susulan pelancaran perisian kreatif baharunya, kata pengurus pemasaran produk aplikasi syarikat itu pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Dalam apa jua senario pun, kandungan yang dicipta dalam Apple Creator Studio tidak akan sesekali digunakan untuk tujuan latihan," kata Brent Chiu-Watson.
Apple menggunakan model daripada pembangun ChatGPT, OpenAI, sebagai contoh, untuk menghasilkan imej AI dalam perisian pembentangannya, Keynote. Menurut Apple, privasi pengguna kekal dilindungi.
Langganan Creator Studio menggabungkan perisian Apple untuk penyuntingan video dan pemprosesan imej, serta ciri AI baharu untuk aplikasi pejabat.
Melalui pelancaran ini, syarikat tersebut mencabar kedudukan Adobe sebagai peneraju pasaran. Pengguna tidak boleh memilih model AI mana yang digunakan untuk tugasan tertentu di belakang tabir.
Apple telah memilih apa yang dianggapnya sebagai model terbaik bagi setiap tugasan, kata Chiu-Watson.
Apple berpegang kepada prinsip untuk melengkapi kreativiti manusia dengan AI, tegas Bob Borchers, yang bertanggungjawab bagi pemasaran produk.
"Kami mahu memperluaskan keupayaan anda, bukan menggantikannya," katanya. Apple juga yakin bahawa elemen yang dicipta oleh pengguna kekal sebagai hak milik mereka sepenuhnya dan hanya mereka yang menentukan bila dan di mana ia dikongsi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Apple
#Creator Studio
#data pengguna
#latih AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan