awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Gua ada maruah’ - Dr Akmal lepas jawatan Exco Melaka, kekal Ketua Pemuda UMNO lawan DAP
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Jangan ajar kami sopan kalau kamu tidak sopan - Akmal tegur sikap DAP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan tinggi kain gentian kaca jejaskan pengeluaran cip Apple, Qualcomm

Amanz
Amanz
15/01/2026
03:30 MYT
Permintaan tinggi kain gentian kaca jejaskan pengeluaran cip Apple, Qualcomm
Pengeluar utama kain gentian kaca, Nitto Boseki, beroperasi pada kapasiti maksimum dan tidak mampu memenuhi permintaan tambahan, mengakibatkan syarikat seperti Nvidia, Google, Amazon, dan AMD turut berdepan kesukaran mendapatkan bekalan mencukupi.
PERMINTAAN global terhadap kain gentian kaca berprestasi tinggi semakin meningkat susulan ledakan pembangunan cip kecerdasan buatan (AI), sekali gus memberi tekanan besar kepada syarikat seperti Apple dan Qualcomm yang bergantung kepada bahan itu untuk cip pemprosesan peranti pengguna.

Ringkasan AI
  • Permintaan global terhadap kain gentian kaca meningkat susulan ledakan pembangunan cip AI, memberi tekanan besar kepada syarikat teknologi seperti Apple dan Qualcomm yang bergantung pada bahan itu.
  • Pengeluar utama kain gentian kaca, Nitto Boseki, beroperasi pada kapasiti maksimum dan tidak mampu memenuhi permintaan tambahan, mengakibatkan syarikat seperti Nvidia, Google, Amazon, dan AMD turut berdepan kesukaran mendapatkan bekalan mencukupi.
  • Apple terpaksa mencari pembekal alternatif seperti Taiwan Glass dan Taishan Fiberglass serta bekerjasama dengan Mitsubishi Gas Chemical bagi memastikan bekalan jangka panjang kain gentian kaca, menunjukkan tekanan yang semakin meningkat terhadap pembuat cip peranti pengguna ekoran permintaan industri AI yang melonjak.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kain gentian kaca merupakan komponen penting dalam pembinaan substrat cip kerana sifat kestabilan dimensi, ketegaran dan keupayaan menyokong penghantaran data berkelajuan tinggi.
Bagaimanapun, pengeluar utamanya hanya satu — Nitto Boseki (Nittobo) dari Jepun — yang kini beroperasi pada kapasiti maksimum dan tidak mampu memenuhi permintaan tambahan.
Ledakan permintaan dipacu syarikat teknologi gergasi seperti Nvidia, Google, Amazon dan AMD yang memasuki pasaran cip AI secara agresif, menyebabkan pereka cip peranti pengguna seperti Apple dan Qualcomm turut berdepan kesukaran mendapatkan bekalan mencukupi.
Apple, AMD dan NVIDIA dilaporkan telah menghantar pasukan mereka ke Jepun bagi mendapatkan komitmen kapasiti tambahan daripada Nittobo, namun usaha itu tidak berhasil kerana pengeluar berkenaan tidak dapat meningkatkan produksi.
Apple juga dilapor menempatkan staf di Mitsubishi Gas Chemical untuk memantau dan menjamin kesinambungan bekalan.
Bagi memastikan bekalan jangka panjang, Apple dilihat mula bekerjasama dengan pembekal alternatif seperti Taiwan Glass, Taishan Fiberglass dan Grace Fabric, termasuk menghantar jurutera bagi membantu meningkatkan kualiti pengeluaran.
Nalurinya tinggi kerana gentian kaca untuk substrat cip mesti hadir dengan diameter lebih nipis daripada rambut manusia, berbentuk sempurna dan bebas gelembung udara.
Namun, usaha menambah pembekal baharu bukan mudah; pengeluar baharu masih berdepan cabaran menghasilkan gentian kaca dengan tahap kualiti konsisten seperti yang dihasilkan Nittobo.
Apple dan Qualcomm belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu tersebut, namun laporan pasaran melihat keadaan ini sebagai petanda awal tekanan yang semakin meningkat terhadap pembuat cip peranti pengguna ekoran permintaan industri AI yang melonjak. -Amanz

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah faktor utama yang menyebabkan permintaan kain gentian kaca berprestasi tinggi meningkat secara global? A: Ledakan pembangunan cip kecerdasan buatan (AI) yang digunakan oleh syarikat teknologi gergasi seperti Nvidia, Google, Amazon, dan AMD.
  • Q: Mengapakah syarikat Apple dan Qualcomm menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan mencukupi kain gentian kaca? A: Pengeluar utama kain gentian kaca, Nitto Boseki (Nittobo) dari Jepun, beroperasi pada kapasiti maksimum dan tidak mampu memenuhi permintaan tambahan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Apple bagi memastikan bekalan jangka panjang kain gentian kaca? A: Apple telah mula bekerjasama dengan pembekal alternatif seperti Taiwan Glass, Taishan Fiberglass, dan Grace Fabric, termasuk menghantar jurutera bagi membantu meningkatkan kualiti pengeluaran.

Topic Berkaitan
#kain gentian kaca
#pembangunan cip AI
#Apple dan Qualcomm
#Nitto Boseki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan