Skip to main content

Teknologi

Apple dijangka perkenal iPhone Duo Max, iPhone Duo SE selepas kejayaan model boleh lipat pertama

[TB]_iPhone Duo_AMANZ
Langkah itu dilaporkan sebagai strategi syarikat untuk mengukuhkan kedudukan pasaran selepas pelancaran model boleh lipat pertamanya, iPhone Duo, yang menerima perhatian meluas di peringkat global minggu lalu. -Foto Amanz
Advertisement

CUPERTINO : Gergasi teknologi Apple dijangka memperluas portfolio telefon boleh lipatnya menerusi pengenalan variasi model seperti iPhone Duo Max dan iPhone Duo SE dalam tempoh terdekat, lapor Amanz.

Langkah itu dilaporkan sebagai strategi syarikat untuk mengukuhkan kedudukan pasaran selepas pelancaran model boleh lipat pertamanya, iPhone Duo, yang menerima perhatian meluas di peringkat global minggu lalu.

Menurut laporan Bloomberg, fokus Apple terhadap siri peranti hibrid itu didorong oleh trend pasaran yang memperlihatkan kecenderungan pengguna terhadap peranti berskrin besar bagi memudahkan pelbagai tugasan harian.

Walaupun harga jualan peranti boleh lipat premium itu ketika ini masih tinggi, bermula sekitar RM10,000, penganalisis menjangkakan kos pengeluaran akan menurun seiring perkembangan teknologi pembuatan.

Sama seperti strategi yang diamalkan pesaing terdekatnya, Samsung, Apple dijangka menawarkan variasi model berbeza bagi menyasarkan segmen pengguna yang lebih luas.

Model iPhone Duo Max dilaporkan bakal menawarkan konfigurasi skrin yang lebih besar, manakala iPhone Duo SE pula dijangka dipasarkan pada harga lebih kompetitif bagi menarik lebih ramai pengguna.

Beberapa penganalisis pasaran berpendapat Apple berpotensi menerajui segmen telefon boleh lipat global dalam tempoh beberapa tahun akan datang, sekali gus mencabar dominasi Samsung.

Must Watch Video

Advertisement