awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple disaman penulis disebabkan 'cetak rompak' buku dalam melatih model AI

Amanz
Amanz
08/09/2025
00:15 MYT
Apple disaman penulis disebabkan 'cetak rompak' buku dalam melatih model AI
Apple dikatakan menggunakan set data dinamakan Books3 yang menyertakan sejumlah data buku secara haram, tanpa kebenaran pihak penulis atau penerbit.
SATU saman baharu telah difailkan di Amerika Syarikat oleh penulis, mengatakan Apple telah menggunakan buku yang ditulis dan dikarang oleh mereka, untuk tujuan latihan model kecerdasan buatan.
Perkara ini dilakukan tanpa kebenaran atau pelesenan, sekali gus membuatkan latihan model berkenaan dilakukan secara haram oleh Apple.
Apple dikatakan menggunakan set data dinamakan Books3 yang menyertakan sejumlah data buku secara haram, tanpa kebenaran pihak penulis atau penerbit.
Apple didapati menggunakan set data berkenaan dalam melatih model OpenELM mereka.
Apple sebelum ini telah menerbitkan model OpenELM pada Hugging Face secara terbuka, membolehkan orang ramai menyemak kod sumber, selain turut memperlihatkan set data yang digunakan olehnya.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal pemfailan saman. Tidak diketahui lagi bilakah dan apakah proses akhir perbicaraannya kelak.
Baru-baru ini, Anthropic telah menyelesaikan kes saman dengan bersetuju membayar $1.5 bilion kepada para penulis, memperlihatkan nilai pampasan sekitar $3000 untuk 500,000 penulis yang telah dicetak rompak untuk tujuan latihan model AI.
Topic Berkaitan
#Apple
#saman
#Cetak rompak
#model AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan