GADGETS
Apple jenamakan semula versi sistem operasi mengikut tahun

Bermula tahun ini, Apple kini telah beralih penggunaan angka versi untuk sistem operasi, daripada penggunaan nombor generasi, ia akan menggunakan nombor berasaskan tahun. -Amanz
APPLE hari ini mengadakan acara tahunan WWDC, sekali gus berkongsi sejumlah perkembangan melibatkan penawaran perisian dan sistem operasi yang akan menguasakan peranti-peranti keluaran mereka.
Ringkasan AI
- Apple mengumumkan perubahan penamaan sistem operasi semasa acara WWDC, dengan kini menggunakan nombor berasaskan tahun bermula dengan iOS 26.
- Penamaan baharu ini turut digunakan untuk semua sistem operasi lain seperti iPadOS 26, macOS 26, watchOS 26, tvOS 26 dan visionOS 26.
- Langkah ini bertujuan menyelaraskan versi sistem operasi merentas semua peranti Apple dan memudahkan pengguna mengenal pasti versi yang digunakan.
Dengan langkah ini, memandangkan sistem operasi akan datang disasarkan untuk tahun akan datang, maka iOS akan menggunakan sistem operasi iOS 26.
Sama juga diikuti untuk iPadOS 26, macOS 26, watchOS 26, tvOS 26 dan juga visionOS 26.
Penggunaan angka juga diselarikan mengikut semua sistem operasi dan peranti, sekali gus memudahkan lagi pengguna mengetahui versi yang digunakan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami