MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Jun 2025.
Anwar mendoakan kesihatan yang berterusan buat Abdul Hadi yang kini dilaporkan telah selamat menjalani satu prosedur rawatan di IJN.
Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori.
Ancaman itu amat membimbangkan, kerana ia semakin menyusup ke ruang kehidupan generasi muda, termasuk pelajar sekolah.
Seorang penganggur yang mengaku bersalah membunuh ibu bapanya yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di Kampung Sungai Penchala dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Rabu.
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di ibu negara masih terkawal dan Kuala Lumpur berada dalam keadaan aman meskipun dua insiden tembakan dilaporkan berlaku di Brickfields dan Cheras dalam tempoh empat hari.
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat tujuh sen seliter daripada RM3.07 kepada RM3.14 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Jun.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kebimbangan terhadap gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih dalam proses mengesahkan dengan agensi yang relevan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau peraturan domestik berikutan laporan syarikat China menggunakan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam latihan Large Language Models di Malaysia.
Hanya sekitar 35 hingga 36 peratus rakyat Malaysia dijangka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung keperluan hidup pada usia persaraan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Tehran terus memantau rapat situasi semasa dan bersedia memberikan bantuan konsular yang diperlukan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami