awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
144 terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam ketika serangan Israel berterusan
DUNIA
Iran tolak tuntutan penyerahan AS, Israel dakwa lancar serangan dengan "kekuatan dahsyat"
MALAYSIA
Didakwa tidak hormat privasi, menteri turunkan gambar ziarah Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2025
15:58 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Jun 2025.
1. Bekas Senator AS mulakan hukuman penjara 11 tahun kerana jadi ejen, rasuah
Bekas Senator Amerika Syarikat (AS) Bob Menendez dari Parti Demokrat New Jersey, pada Selasa mula menjalani hukuman penjara 11 tahun atas kesalahan menerima rasuah dalam bentuk jongkong emas dan wang tunai serta bertindak sebagai ejen Mesir.
2. EU rangka sekatan luar biasa terhadap Rusia - Macron
Kesatuan Eropah (EU) menyediakan pakej sekatan baharu yang lebih tegas dan luar biasa terhadap Rusia berhubung konflik di Ukraine, dengan sokongan daripada Presiden Perancis Emmanuel Macron dan senator AS.
3. Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
Sekurang-kurangnya 32 penerbangan ke dan dari pulau peranginan Bali, Indonesia dibatalkan selepas Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus dan memuntahkan awan abu tebal setinggi lebih 11 kilometer ke udara, menurut pegawai penerbangan dan bencana.
4. Peningkatan membimbangkan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja Australia - Kajian
Hampir seorang daripada empat pelajar sekolah menengah di Australia mengalami tekanan psikologi serius, dengan kadar kemurungan dan keresahan meningkat, lapor Xinhua memetik satu kajian di negara itu.
5. IAEA sahkan dua tapak pengeluaran pengempar Iran terkena serangan
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan bahawa dua kemudahan pengeluaran pengempar di Iran telah menjadi sasaran serangan udara Israel.
6. Iran tidak akan tunduk! Campur tangan AS hanya undang kemusnahan - Ayatollah Ali Khamenei
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menegaskan bahawa negaranya akan tetap teguh menghadapi sebarang bentuk paksaan, sama ada dalam bentuk perang mahu pun perdamaian yang dikenakan dari luar.
7. Erdogan sokong hak Iran pertahan diri, dakwa Netanyahu lebih teruk daripada Hitler
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyatakan sokongan penuh terhadap hak Iran untuk mempertahankan diri daripada serangan Israel.
8. Tiada kekurangan bekalan minyak global meskipun konflik Asia Barat meruncing - Novak
Tiada kekurangan bekalan minyak di pasaran dunia meskipun konflik di Asia Barat semakin memuncak, namun risiko yang berkaitan telah pun tercermin pada harga semasa, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak pada Rabu
9. Mahkamah Moscow denda Apple AS$38,141 kerana gagal padam kandungan terlarang
Sebuah mahkamah di Moscow telah mengenakan denda sebanyak 3 juta rubel (kira-kira AS$38,141) ke atas Apple kerana enggan memadam kandungan terlarang, menurut wakil mahkamah kepada RIA Novosti pada Rabu.
10. Kanak-kanak maut dilanggar kereta peronda polis di Belgium
Seorang kanak-kanak maut di bandar pelabuhan Antwerp, Belgium pada Rabu selepas dilanggar sebuah kereta peronda polis yang sedang dalam perjalanan ke lokasi panggilan kecemasan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita global
#berita dunia
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami